Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 24 Jun 2013 10:47 AM PDT Klang: Seorang lelaki yang menghabiskan cuti hujung minggu bersama 12 rakannya di sebuah kelong Kampung Nelayan, dekat sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika menunggu hidangan sarapan kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Kehilangan mangsa, G Banamasi Kasseem 25, pada mulanya hanya disedari beberapa rakan mangsa, yang mendengar kocakan air kuat selain jeritan meminta tolong sebelum mereka berusaha menyelamatkannya dengan mencampakkan pelampung dan jaket keselamatan.
Pemangku Ketua Balai Bomba Pelabuhan Klang Nazri Maziani berkata, mangsa yang juga pelajar Universiti Antarabangsa Madinah (MEDIU) Shah Alam dikatakan pergi memancing bersama-sama 13 rakan yang lain dan menyewa kelong yang diusahakan penduduk Kampung Nelayan di sini.
ANGGOTA bomba melakukan pencarian Banamasi selepas dia dikatakana terjatuh ke dalam air. Nazri berkata, cuaca jerebu menyukarkan operasi mencari mangsa kerana anggota penyelamat bimbang insiden seperti kemalangan antara bot jika kerja menyelamat dilakukan secara tergesa-gesa.
Harian Metro mendapati selain pasukan penyelamat beberapa penduduk turut mengadakan upacara ritual serta doa selamat bagi memudahkan mayat mangsa ditemui dalam tempoh terdekat. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |