Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Indonesia tingkat usaha padam kebakaran hutan
- Pembocor maklumat AS berlindung di Ecuador
- Upacara keagamaan unik di Filipina
Indonesia tingkat usaha padam kebakaran hutan Posted: Indonesia tingkat usaha padam kebakaran hutan
SINGAPURA - Indonesia meningkatkan operasi udara untuk memadamkan kebakaran hutan di Pulau Sumatera semalam ketika jerebu melitupi Malaysia manakala langit cerah dilihat di pulau ini ekoran perubahan arah angin. Jurucakap Agensi Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata, helikopter keempat dikerahkan semalam untuk menjatuhkan bom air bagi memadamkan kebakaran hutan yang marak di Sumatera. Menurutnya, dua buah pesawat turut digunakan dalam operasi pembenihan awan untuk mendorong hujan turun di pulau itu. "Kami telah melakukan 14 operasi bom air menggunakan 7,000 liter air untuk memadamkan kebakaran. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan operasi tersebut, kami menambah sebuah lagi helikopter hari ini," kata Sutopo. Dalam perkembangan berkaitan, polis di wilayah Riau, Sumatera menahan seorang pemilik tanah dan seorang pekebun kecil kerana menyebabkan kebakaran sejumlah 468 hektar tanah gambut. Jerebu dari Sumatera berulang kali mendatangkan masalah kepada negara jiran Indonesia sepanjang musim kering dari Jun hingga September. Sepanjang tempoh tersebut, pemilik ladang dan pekebun kecil melakukan kebakaran untuk menyediakan tanah mereka untuk penanaman baharu walaupun perbuatan tersebut melanggar undang-undang Indonesia. Setakat ini, percubaan oleh Indonesia untuk melakukan pembenihan awan agak kurang berkesan. "Teknologi pembenihan awan bertujuan untuk mempercepatkan hujan tetapi dengan awan yang sedikit, tidak banyak yang boleh kita lakukan," kata pegawai agensi sama, Agus Wibowo. "Hujan yang turun cuma renyai-renyai," tambahnya. Sementara itu, keadaan di pulau ini bertambah baik sejak Sabtu lalu dengan Indeks Pencemaran Udara setakat semalam berada pada tahap sederhana, antara 50 hingga 100. - AFP | |
Pembocor maklumat AS berlindung di Ecuador Posted: Pembocor maklumat AS berlindung di EcuadorSEBUAH pesawat Airbus 330 milik syarikat penerbangan Aeroflot yang membawa Edward Snowden ke Cuba berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow semalam.- AP WASHINGTON - Pembocor maklumat program pengintipan rahsia Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden menaiki pesawat untuk mencari perlindungan di Ecuador. Bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan juruteknik Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu meninggalkan Hong Kong kelmarin. Dia tiba di lapangan terbang Moscow untuk bermalam sebelum menaiki sebuah pesawat syarikat penerbangan Aeroflot menuju ke Cuba seterusnya Ecuador. Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino berkata, kerajaannya menerima permohonan suaka daripada Snowden dengan bantuan pertubuhan anti kerahsiaan, WikiLeaks. "Dia berlindung di negara yang mempunyai hubungan tegang dengan AS," kata wakil rakyat negara kuasa besar itu, Ileana Ros-Lehtinen. Menurut Ros-Lehtinen, beliau bimbang Snowden akan membocorkan lebih banyak maklumat rahsia AS sebagai pertukaran untuk mendapatkan suaka. "Perkara ini tidak bagus untuk keselamatan dan kepentingan negara," tambahnya. Ecuador yang menolak inisiatif kerjasama AS kini membantu pengasas WikiLeaks, Julian Assange mengelak daripada ditahan dengan membenarkannya berlindung di Kedutaan negara itu di London. Sebelum ini, Snowden berlindung di Hong Kong selama beberapa minggu. Pulau bekas koloni British itu diberikan kuasa autonomi oleh China. AS pernah mengemukakan permohonan rasmi untuk mengekstradisi Snowden dari Hong Kong tetapi telah ditolak. Snowden membantu akhbar Guardian dan Washington Post mendedahkan program pengintipan data rakyat AS. Program tersebut, PRISM bertujuan untuk mengumpulkan sejumlah besar rakaman perbualan telefon dan data dalam talian termasuk e-mel warga AS. PRISM sah di sisi undang-undang negara tetapi agensi tersebut memerlukan waran mahkamah untuk meneliti kes-kes tertentu yang dipercayai melibatkan keganasan. - AP | |
Upacara keagamaan unik di Filipina Posted: Upacara keagamaan unik di FilipinaORANG RAMAI menutup badan mereka dengan lumpur dan daun pisang kering semasa menyambut Hari Saint John di kampung Bibiclat, utara Manila di Filipina semalam.- REUTERS BIBICLAT - Beratus-ratus penduduk kampung ini di Filipina menutup badan mereka dengan lumpur dan daun pisang kering dalam satu perayaan yang disambut oleh penganut mazhab Katholik. Upacara keagamaan unik itu diadakan pada setiap tahun oleh penduduk kampung di sini, sekitar 138 kilometer ke utara Manila sejak 1945 lagi. Sebelum memakai kostum daun pisang, para peserta melumur seluruh badan dan muka mereka dengan lumpur supaya tidak dikenali oleh orang lain. Penduduk kampung tersebut berbuat demikian untuk meniru seorang pendita Kristian, St. John yang dipercayai berpakaian seperti pengemis. Menjelang fajar, mereka akan berkeliaran di kampung tersebut untuk meminta sedekah. Penduduk setempat akan memberikan wang atau lilin kerana mempercayai dengan berbuat demikian, kehidupan mereka akan dirahmati Tuhan. Selepas upacara tersebut selesai penduduk kampung itu akan berkumpul di gereja. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |