Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan
- Pemilihan Majlis Syura Mesir tidak sah
- Penganggur ambil alih kilang bekas majikan
Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan Posted: Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan
ANKARA - Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air semalam ke arah sekumpulan penunjuk perasaan di Ankara. Tunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan itu telah memasuki hari ketiga. Anggota-anggota pihak berkuasa turut mengambil beberapa langkah untuk menghentikan kira-kira 1,000 orang penunjuk perasaan yang mahu berarak ke pejabat Erdogan. Rangkaian televisyen swasta, NTV menyiarkan beberapa imej tunjuk perasaan itu di Dataran Kizilay. Tunjuk perasaan yang merebak ke seluruh negara itu bermula selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah rancangan untuk membangunkan semula sebuah taman dekat Dataran Taksim di Istanbul. Rancangan yang diatur oleh Erdogan itu adalah untuk membangunkan semula dataran tersebut yang melibatkan 600 buah pokok ditebang. Rancangan itu juga melibatkan pembinaan sebuah replika berek tentera pada era zaman Empayar Ottoman dengan tujuan untuk menempatkan sebuah pusat kebudayaan. Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berdekatan di kawasan itu bimbang ia akan menjadi sebuah kawasan beli-belah. Pihak berkuasa perbandaran Istanbul yang dikuasai oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memerintah Turki sejak tahun 2002. Sejumlah kenderaan dan terbalik dalam tunjuk perasaan itu yang kemudian bertukar menjadi antipentadbiran Erdogan. Menteri Dalam Negeri, Muammer Guler menyatakan, lebih 1,700 orang telah ditahan dalam tunjuk perasaan antipemerintah itu. Tunjuk perasaan itu telah merebak ke 67 buah bandar. "Sejumlah besar tahanan telah dibebaskan selepas disoal siasat dan identiti mereka dikenal pasti," katanya. Menurutnya, negara ini berdepan dengan 235 tunjuk perasaan sejak Selasa lalu. - Agensi | |
Pemilihan Majlis Syura Mesir tidak sah Posted: Pemilihan Majlis Syura Mesir tidak sahBEBERAPA orang berjalan melintasi Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir di Kaherah semalam. KAHERAH - Sebuah mahkamah tertinggi Mesir semalam memutuskan bahawa sebuah panel yang merangka perlembagaan menjadikan negara adalah tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah Perlembagaan Agung turut menyatakan, undang-undang yang digunakan untuk memilih anggota-anggota Majlis Syura adalah tidak sah berdasarkan perlembagaan Mesir. Hakim, Maher al-Beheiry menyatakan, anggota-anggota Majlis Syura sepatutnya dikekalkan sehingga pilihan raya baharu diadakan. Bagaimanapun, walaupun keputusan itu telah diputuskan, pihak pejabat Presiden Mesir menyatakan, Majlis Syura itu akan terus wujud sehingga pilihan raya dewan rendah berlangsung pada lewat tahun ini. Majlis Syura itu mempunyai kuasa perundangan selepas Parlimen di Mesir itu dibubarkan pada tahun lalu. Mahkamah tersebut turut menyatakan bahawa, perlembagaan negara itu akan terus diguna pakai. Panel merangka perlembagaan baharu itu mempunyai 100 orang anggota. Perlembagaan baharu itu akan terus diguna pakai kerana ia diluluskan menerusi pungutan suara. Sebelum ini, pihak pembangkang mengkritik panel yang merangka perlembagaan itu kerana ia tidak mewakili semua penduduk Mesir. Presiden Mesir, Mohammed Morsi maish belum memberikan sebarang komen rasmi berhubung keputusan mahkamah tersebut. - Agensi | |
Penganggur ambil alih kilang bekas majikan Posted: Penganggur ambil alih kilang bekas majikanDUA pekerja memeriksa beberapa komponen elektrik lama di kilang tersebut.- AFP TREZZANO SUL NAVIGLIO, Itali - Sekumpulan penganggur mengambil alih kilang bekas majikan mereka yang tidak digunakan lagi di sini dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah perniagaan kitar semula. Sebelum ini, para penganggur itu merupakan pekerja di kilang tersebut yang merupakan pembuat komponen kenderaan. "Kami akan dianggap sebagai orang buangan di dalam masyarakat dan kami 'mengitar semula' diri kami," kata seorang penganggur itu, Gigi Malabarba. Projek itu pada kebiasaannya diharamkan tetapi pihak berkuasa tempatan dan pemilik kilang itu yang merupakan sebuah syarikat milik bank UniCredit bersetuju bertolak ansur untuk membenarkan ia dilaksanakan. Para penganggur itu diberhentikan kerja ekoran masalah kemelesetan ekonomi yang berlaku di Itali. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |