{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Syarikat pembalakan sedia bantu apungkan bot karam

Posted: 03 Jun 2013 03:11 AM PDT

KUCHING 3 Jun - Sebuah syarikat pembalakan swasta bersedia untuk membantu mengapungkan bot ekspres yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, dekat Belaga, Sibu Selasa lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam pertemuan dengan beliau malam tadi.

Katanya, Ketua Menteri telah pun meminta sebuah syarikat pembalakan swasta yang mempunyai perkhidmatan jentolak dan kren bagi membantu usaha mengapungkan bot ekspres yang karam itu.

"Melalui usaha tersebut, kita berharap dua lagi mangsa yang masih hilang dan dipercayai terperangkap di dalam bot berkenaan dapat ditemui segera.

"Ketua Menteri turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tidak perlu menanggung sebarang kos dalam usaha mengapungkan bot berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE

Malaysia tidak bercadang wajibkan lesen laman web

Posted: 03 Jun 2013 02:33 AM PDT

AHMAD Shabery Cheek (duduk dua kiri) melihat peralatan 'mixing' dalam pembikinan filem ketika melakukan lawatan rasmi ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), di Ulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kerajaan belum bercadang menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan pemilik media sosial serta portal berita di negara ini mempunyai lesen sepertimana dilaksanakan oleh Singapura.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dan mencontohi penguatkuasaan yang dilakukan oleh negara jiran itu dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.

Katanya, kerajaan lebih selesa mengkaji terlebih dahulu sejauh mana peraturan itu memberi kesan kepada Singapura dan sama ada pelaksanaannya bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diamalkan di Malaysia.

"Dahulu saya ada sebut bahawa apabila Malaysia tidak buat sebarang sekatan kepada media dalam talian, masih orang kata Malaysia adalah negara yang sekat kebebasan media kerana melihat kononnya ada kawalan. Sekarang lihat Singapura yang dianggap lebih sofistikated (canggih).

"Bagaimanapun, kita tidak terburu-buru mahu melaksanakan peraturan serupa. Kita mahu kaji dahulu sama ada pelaksanaan peraturan itu akan mengekang semua perkara atau hanya sebagai ingatan bahawa kerajaan tidak senang dengan penyalahgunaan media sosial secara berleluasa dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan pertamanya ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Hina Agong: Pemuda UMNO desak ambil tindakan tegas

Posted: 03 Jun 2013 02:13 AM PDT

JOHOR BAHRU 3 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa pihak-pihak bertanggungjawab agar tidak lagi berkompromi dengan sekumpulan individu yang bertindak menghina Yang di-Pertuan Agong di aman sosial Facebook sekali gus mahu tindakan tegas diambil.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO juga mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak melengah-lengahkan tindakan tersebut kerana jelas tulisan pihak terlibat di laman sosial itu berbaur hasutan.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan percaya keamanan negara dapat dipelihara sekiranya SKMM dan pihak bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang sedia ada yang diperuntukan bagi kesalahan seumpama itu tanpa rasa takut.

"Pemuda UMNO memandang serius kenyataan dibuat di laman sosial dengan yang terkini ada pihak yang mengeluarkan kata-kata yang menghina Yang Dipertuan Agong yang jelas berbaur hasutan. Kita tidak boleh berkompromi perkara ini.

"Biarpun saya selaku Ketua Pemuda menyokong kebebasan bersuara, namun ia ada batasnya dan perlu ada sikap bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat