Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Seorang penunjuk perasaan anti-Erdogan terbunuh
- Bas tanpa pemandu bergerak ke dalam tasik
- Jolie muncul buat kali pertama selepas dibedah
Seorang penunjuk perasaan anti-Erdogan terbunuh Posted: Seorang penunjuk perasaan anti-Erdogan terbunuh
ISTANBUL - Seorang penunjuk perasaan mati dalam tunjuk perasaan antipemerintah Turki di daerah Umraniye di sini semalam. Penunjuk perasaan yang terbunuh itu merupakan anggota parti Platform Perpaduan Sosialis, Mehmet Ayvalitas berusia 20 tahun. Dia meninggal dunia selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penunjuk perasaan di daerah itu. Ia merupakan mangsa korban yang pertama dalam tunjuk perasaan menentang kepimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang telah memasuki hari keempat di kebanyakan tempat di negara ini. Menurut Kesatuan Doktor Turki, pemandu kereta tersebut tidak menghiraukan arahan untuk berhenti semasa tunjuk perasaan di daerah tersebut. Pihak kesatuan itu menganggap kejadian tersebut dilakukan dengan sengaja. Ia turut menyalahkan pentadbiran Erdogan yang enggan berkompromi selain mengutuk pihak berkuasa kerana menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Erdogan kini berdepan tunjuk perasaan yang paling besar sejak beliau memegang jawatan itu pada tahun 2003. Para penunjuk perasaan itu turut marah dengan Erdogan yang mengamalkan gaya pentadbiran seperti seorang diktator. Tunjuk perasaan itu pada mulanya tercetus bagi membantah projek pembangunan semula sebuah taman dekat Dataran Taksim di sini. Rancangan yang diatur oleh Erdogan itu adalah untuk membangunkan semula dataran tersebut yang menyebabkan 600 buah pokok ditebang. Rancangan itu juga melibatkan pembinaan sebuah replika berek tentera pada era empayar Ottoman dengan tujuan untuk menempatkan sebuah pusat kebudayaan. Dalam pada itu, Erdogan menuduh tunjuk perasaan itu dikendalikan oleh anasir-anasir ekstremis. Ratusan anggota polis dan penunjuk perasaan cedera sejak tunjuk perasaan itu tercetus pada Jumaat lalu. Erdogan turut menyatakan, tunjuk perasaan itu dilakukan oleh musuh-musuh sekular yang tidak mahu berbaik semula dengan Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinannya yang telah memenangi tiga kali pilihan raya umum serta berjaya meningkatkan prestasi ekonomi dan imej Turki. Beliau membuat kenyataan itu sebelum berlepas untuk melakukan lawatan ke Afrika Utara semalam. Ketika Erdogan menyalahkan para penunjuk perasaan tersebut, Presiden Turki, Abdullah Gul memuji tunjuk perasaan aman itu dengan menganggapnya sebagai hak penduduk di sisi demokrasi. Kedua-dua pemimpin itu dijangka saling bersaing dalam pilihan raya Presiden pada tahun depan. - Agensi | |
Bas tanpa pemandu bergerak ke dalam tasik Posted: Bas tanpa pemandu bergerak ke dalam tasikSEBUAH bas tenggelam di Tasik Geneva, Switzerland semalam.- AFP VEVEY, Switzerland - Sebuah bas mengundur secara tiba-tiba ke dalam Tasik Geneva di sini semalam. Ketika kejadian, bas tersebut diletakkan di sebuah dataran yang berbukit di tepi tasik itu. Bagaimanapun, tiada penumpang yang berada di dalam bas tersebut ketika ia mengundur dan tenggelam di dalam tasik itu. Beberapa anggota penyelamat turut melakukan pemeriksaan dengan menyelam di lokasi bas tersebut tenggelam untuk memastikan tiada penumpang yang terperangkap. "Saya dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja apabila saya ternampak sebuah bas berada di dalam Tasik Geneva," kata seorang saksi. Punca kejadian bas itu bergerak dengan tiba-tiba masih belum diketahui. - Agensi | |
Jolie muncul buat kali pertama selepas dibedah Posted: Jolie muncul buat kali pertama selepas dibedahJOLIE melambaikan tangannya ke arah orang ramai semasa dia tiba bersama Pitt (kanan) untuk menonton tayangan perdana filem World War Z di London kelmarin.- AFP LONDON - Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie kelmarin membuat kemunculan pertama pada majlis karpet merah di sini selepas dia membuat pengumuman berhubung pembedahan membuang dan membentuk semula payudaranya pada Mei lalu. Jolie memberitahu pemberita, dia berasa terharu dengan sokongan orang ramai selepas menjalani pembedahan tersebut. Dia menjalani pembedahan itu pada awal Februari hingga April lalu bagi mengurangkan risiko mendapat kanser payudara. Pemenang anugerah Oscar berusia 37 tahun itu berkata, dia berasa sihat dan bertenaga selepas pembedahan tersebut. "Saya berasa amat terharu dengan sokongan orang ramai," katanya kepada pemberita semasa muncul pada majlis karpet merah untuk tayangan perdana filem World War Z. Filem itu dibintangi oleh tunangnya, aktor Brad Pitt, 49. Ibu Jolie, Marcheline Bertrand meninggal dunia akibat kanser rahim pada usia 56 tahun manakala ibu saudaranya, Debbie Martin mati akibat kanser payudara minggu lalu. Jolie sebelum ini diberitahu oleh doktor bahawa peluangnya untuk mendapat kanser payudara adalah 87 peratus manakala kanser rahim sebanyak 50 peratus sebelum dia menjalani pembedahan. Namun, risiko anak perempuan pelakon Jon Voight itu mendapat kanser payudara kini dilaporkan menurun kepada lima peratus sahaja setelah dia menjalani pembedahan tersebut. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu kerana memikirkan kepentingan enam anaknya. Tiga daripada enam anaknya itu ialah anak angkat. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |