Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- MyIPO sasar 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013
- Hubungan Malaysia-Indonesia berada pada tahap terbaik - Menteri Luar Indonesia
- Penyelia syarikat perkapalan ditemui mati dalam kereta
MyIPO sasar 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013 Posted: MyIPO sasar 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 201304/06/2013 9:55pm MELAKA - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyasarkan kira-kira 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013 yang bakal berlangsung tiga hari di Melaka mulai 13 Jun ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sambutan kali ke-9 bertema 'Transformasi Negara Melalui Harta Intelek' merupakan satu daripada program bagi memupuk kesedaran serta mempertingkat kefahaman masyarakat berkaitan perlindungan harta intelek. "Sambutan Hari Harta Intelek Negara ini diharap akan terus memanfaatkan rakyat sebagai platform pendidikan yang mampu mempertingkat kefahaman berkaitan harta intelek, dan seterusnya menyemarakkan budaya kreativiti serta inovasi dalam ekosistem ekonomi sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran sambutan itu di sini hari ini. Ahmad Bashah berkata, sambutan itu juga merupakan medium kepada individu dan syarikat tempatan, khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS), memperkenal serta mempromosi produk mereka yang memiliki harta intelek seperti cap dagang, paten, reka bentuk perindustrian, hak cipta serta petunjuk geografi. - Bernama |
Hubungan Malaysia-Indonesia berada pada tahap terbaik - Menteri Luar Indonesia Posted: Hubungan Malaysia-Indonesia berada pada tahap terbaik - Menteri Luar Indonesia04/06/2013 9:36pm KUALA LUMPUR - Menteri Luar Indonesia, Dr. Marty Natalegawa menyifatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia kini berada pada tahap terbaik. Beliau menganggap hubungan Malaysia dan Indonesia kini dinamik dan positif kerana ia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dari kedua-dua negara. "Hubungan Malaysia dan Indonesia kini bukan sahaja pada peringkat pemimpin malah membabitkan ahli perniagaan dan masyarakat kedua-dua negara. "Ada kepentingan untuk memelihara hubungan yang baik ini dengan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dan segala perbezaan pandangan secara baik," kata beliau. Marty berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Garuda: Kedudukan Indonesia Dalam Asean dan Di Luar ASEAN' pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-27 di sini Selasa. Marty turut melahirkan rasa gembira kerana rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman terpilih semula sebagai Menteri Luar Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13. Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Anifah di luar persidangan itu mengenai cara untuk terus meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, yang antara lain menyentuh isu sempadan, buruh dan sumber. - Bernama |
Penyelia syarikat perkapalan ditemui mati dalam kereta Posted: Penyelia syarikat perkapalan ditemui mati dalam kereta04/06/2013 9:30pm JOHOR BAHRU - Seorang penyelia sebuah syarikat perkapalan ditemui mati, dipercayai dibunuh, dalam sebuah kereta di Taman Perindustrian Desa Cemerlang di sini, dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Roslan Zainuddin berkata Khairul Azam Abdul Rahman, 29, ditemui orang awam pada 11 malam yang curiga dengan kehadiran sebuah kereta jenis Inokom Atos di kawasan itu. "Terdapat kesan lebam pada kepala Khairul Azam, dan bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) mendapati terdapat kesan pukulan dipercayai dengan objek keras di bahagian kepala yang menyebabkan kematian mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata mangsa ditemui di bahagian tempat duduk pemandu dan polis kini menyiasat kejadian itu secara terperinci mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahman Abdul Karim, 56, berkata anak sulung daripada dua beradik itu keluar dari rumah mereka di Bandar Baharu Uda di sini pada kira-kira 3 pagi, dua hari lepas. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |