{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Kelam terang Brad Pitt

Posted:

Kelam terang Brad Pitt

Kelam terang Brad Pitt

LAPAN tahun kekal menjadi kekasih Angelina Jolie, Brad Pitt kini mempunyai tiga orang anak kandung dan tiga anak angkat. Sehingga kini media dunia masih tertunggu-tunggu hari perkahwinan Brad dan Angelina seperti yang diperkatakan sejak awal tahun ini.


MENJADI aktor pujaan dunia, lelaki berumur 49 tahun itu sarat dengan kemasyhuran dan kemewahan. Dia juga dihempap dengan banyak kontroversi, adakalanya menyedihkan, ada masanya mengejutkan.

Namun, pada kaca mata umum, dia terpamer gagah, bahagia dan membahagiakan. Di Hollywood dan di serata dunia, dia masih lelaki fenomena, dia ialah Brad Pitt!

Di sisinya setia terlukis satu wajah. Wanita yang pernah bergelar antara yang tercantik di dunia, Angelina Jolie secara rasmi telah dinobatkan sebagai bakal isterinya.

Di kiri dan kanan mereka, tergenggam erat tangan-tangan kecil yang hanya mengenal kasih sayang. Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox dan Vivienne mungkin antara kanak-kanak paling bertuah kerana beribubapakan Brad dan Angelina.

Kisah pelakon kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) dengan nama William Bradley Pitt atau lebih dikenali sebagai Brad Pitt itu tidak pernah menjemukan.

Lapan tahun bersama Angelina, mereka bangkit bersama dan jarang sekali dilaporkan lumpuh. Barangkali tahun tahun ini paling genting buat Brad.

Pada saat-saat dia terbuka hati untuk menikahi ibu kepada zuriatnya itu, Angelina membuat keputusan besar.

Dia membuang kedua-dua payudaranya. Aktres berumur 37 tahun itu mendapati risiko dia mendapat kanser payudara adalah sebanyak 87 peratus. Angelina juga berisiko menghidap kanser rahim sebanyak 50 peratus.

"Keputusan Angelina membuang payudara itu pernah diambil oleh wanita-wanita lain yang berdepan situasi yang sama.

"Mereka benar-benar wirawati. Saya cuma mahukan dia hidup lebih lama dan sihat bersama saya dan anak-anak," ungkap Brad dalam satu temu bual.

Selepas pulih daripada rawatan, Brad ada memberi signal kepada media bahawa rancangan perkahwinannya dengan Angelina bakal menjadi kenyataan.

"Rasanya, kami ada banyak perkara lain yang harus dibincangkan," ujar Brad yang memberi gambaran tentang rawatan lanjut yang harus dijalani oleh Angelina.

Kembali fokus kepada topik perkahwinannya yang ditunggu-tunggu selama ini, Brad menambah: "Saya tidak boleh membuat pengumuman, ia masih menjadi rahsia. Tapi, kami masih bersama ke arah itu dan saya sudah pun bersedia."

Keterbukaan Brad tentang kisah kelam, keperibadian, hubungan dan perkahwinan juga terungkai dalam satu artikel yang tersiar dalam sebuah majalah antarabangsa Esquire.

Akui Brad, sepanjang perkahwinannya dengan aktres Jennifer Aniston dari tahun 2000 hingga 2005 merupakan tempoh terburuk dalam hidupnya.

"Saya pernah bergantung kepada dadah dalam jangka waktu yang cukup lama. Saya hanyut namun, akhirnya saya menganggap bahawa apa yang saya lakukan sebenarnya hanya membuang semua peluang yang datang kepada saya.

"Itu merupakan kisah yang berdekad-dekad dahulu," katanya sebelum menambah bahawa hubungannya dengan Angelina serta enam orang anaknya membuahkan ketenangan yang selama ini dicari-carinya.

"Saya selalu berfikir, jika mahu berkeluarga, saya mahukan sebuah keluarga yang besar. Saya mahu rumah kami hingar-bingar dengan jeritan anak-anak.

"Saya seronok begitu dan bosan bila mereka tiada di rumah. Mungkin ada baiknya sesekali saya ke hotel untuk membaca surat khabar tapi keesokan harinya saya sudah rindukan mereka," ujar Brad yang turut mengakui perkahwinan bersama Aniston bintang sitkom Friends dahulu sering dikaburi sesuatu yang tidak pasti.

Hero perang dunia

Seperti yang pernah dikongsikan selama ini, sifat kebapaan Brad juga semakin menawan. Jarang keluar negara tanpa ditemani keluarga, Brad, baru-baru ini membawa seorang anak angkat lelakinya, Pax yang berusia sembilan tahun ke Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri tayangan perdana filem terbaharunya, World War Z di sana.

Brad, Jolie, Pax dan Maddox juga dilihat muncul pada acara karpet merah tayangan perdana World War Z di London, England pada awal Jun lalu.

Apabila ditanya soal itu, Brad beranggapan itulah masa terbaik untuknya menjadikan sesi promosi filem yang juga terbitannya sebagai satu agenda kekeluargaan.

"Adakah kalian tidak pernah menyertai trip bersama-sama keluarga semasa kanak-kanak? Untuk pengetahuan semua, kami juga mahu mencipta sebuah memori yang berharga untuk dikenang.

"Sebagai bapa, ia cukup mengembirakan," kata Brad ketika disoal wartawan dalam satu tayangan World War Z di New York, AS.

Bercakap tentang filem yang dianggarkan menelan bajet lebih RM600 juta itu, aktor Mr. & Mrs. Smith itu mengaku sebelum ini dia langsung tidak pernah tahu tentang zombi.

"Semua ini bermula kerana saya ingin membintangi sebuah filem yang akan dapat disaksikan oleh anak lelaki saya sebelum mereka berumur 18 tahun, seperti yang mereka inginkan dan mereka menyukai zombi," ungkap Brad ketika berucap dalam tayangan World War Z di AS baru-baru ini.

Filem World War Z yang diangkat daripada kisah novel karya Max Brooks itu turut dimeriahkan dengan lakonan Mireille Enos, Eric West, Matthew Fox dan David Morse.

"Watak Gerry hanya insan biasa yang cuba melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dikurniakan sebarang kuasa luar biasa.

"Dia tidak boleh terbang, dia tidak boleh membelasah orang-orang jahat. Dia hanya boleh bergantung pada akal, naluri dan pengalamannya untuk menyelesaikan masalah.

"Saya boleh menjanjikan filem itu sebagai yang paling menyeronokkan yang anda akan tonton di pawagam," kata Brad selaku penerbit dan aktor utama World War Z.

"Saya menganggap penonton akan menyukai filem itu sebagaimana anak-anak saya menyukainya," tambahnya. Brad turut beranggapan filem yang mengambil masa selama tujuh tahun untuk dihasilkan itu merupakan projek paling menggerunkan yang pernah diharunginya.

Saya tidak malu bercinta - Raja Azmi

Posted:

Saya tidak malu bercinta - Raja Azmi

Saya tidak malu bercinta - Raja Azmi

EDDIE, pemain bes kumpulan CRK kini kekasih baharu Raja Azmi.


CINTA dan air mata akan selama-lamanya menjadi teman setia buat semua wanita. Begitu juga dengan penerbit wanita sensasi yang sangat dikenali ramai, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Biarlah bermacam-macam dugaan, berhujan api kejian serta rentetan kontroversi yang pernah jatuh ke mukanya, wanita berumur 54 tahun itu tetap berpegang kepada prinsip hidup mesti diteruskan.

Dia juga tidak pernah malu membuka kisah hidup untuk tatapan umum. Terbaharu, Raja Azmi mengaku dia bercinta lagi. Patah tumbuh hilang berganti, selepas putus cinta dengan seorang lelaki muda sekitar Januari 2013, pengarah filem ...Dalam Botol itu kemudian membuat pengumuman untuk mengakhiri zaman jandanya.

Lelaki pilihannya itu ialah Eddie, pemain gitar yang pernah menyertai kumpulan CRK sekitar tahun 1990-an dulu.

Pada usia 54 tahun dan bersulam hidup yang sarat dengan kontroversi ditangkap basah, bermalam di lokap dan bercerai dengan bekas pemain badminton, Jailani Sidek, itu semua tidak pernah menghalang mata Eddie untuk jatuh cinta dan melihat Raja Azmi sebagai wanita terpilih untuk menjadi suri di dalam hatinya.

"Masa mula-mula kenal saya pun risau juga. Banyak yang dibaca melalui media tetapi sepanjang saya mengenali dirinya, dia seorang yang ceria dan banyak mendatangkan inspirasi kepada saya.

"Ingat sekadar untuk berkawan tetapi dalam usia saya pun sudah 45 tahun, kami lebih banyak bercakap tentang perkara yang serius. Masing-masing juga mempunyai anak-anak.

"Selama ini, sejak isteri saya meninggal, sayalah ibu dan bapa kepada anak-anak tetapi sejak dia muncul, situasi menjadi agak berlainan. Anak-anak saya senang dengan sikapnya.

"Apa yang anak-anak selesa, itulah yang paling penting untuk saya," ungkap Eddie tentang Raja Azmi yang bakal disunting sebagai tunangannya pada 15 Julai nanti.

Eddie atau nama sebenarnya Mohd. Eddie Ghazali merupakan duda selepas isterinya meninggal dunia. Dia mempunyai dua orang anak lelaki, Mohd. Daniel, 21, dan Mohd. Effy Ashley, 19.

Kembali ke alam percintaan dan berkongsi kisah cinta untuk tatapan khalayak, Raja Azmi tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.

"Saya sedar mungkin ramai yang akan memandang sinis dalam hal ini. Mungkin ada yang berkata, sudah tua-tua pun masih bercinta-cinta.

"Saya cuma mahu katakan, sejak berpisah dengan Jailani, hidup saya sunyi tanpa cinta dan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang menyintai saya dan memimpin saya di dunia dan akhirat.

"Cinta juga tidak mengenal usia dan saya tidak akan pernah berhenti mencari cinta, cinta kepada Tuhan, anak-anak dan keluarga.

"Semoga cinta ini dan jodoh saya dengan Eddie nanti akan dirahmati Ilahi," jelas Raja Azmi yang merancang mengadakan majlis pertunangannya mengikut adat biarpun masing-masing sudah berusia dan mempunyai anak.

Katanya: "Walaupun sudah tua, kami tetap nak buat majlis pertunangan. Apa-apa pun kena ikut adat, adat juga tak mengenal usia. Lagipun saya masih mempunyai ibu dan wali.

"Majlis pada 15 Julai nanti akan berlangsung secara sederhana selepas kedua-dua buah keluarga bertemu dan berbuka puasa bersama-sama di rumah saya."

Raja Azmi dan Eddie merancang untuk berkahwin sekitar September. Menurut ibu kepada tiga cahaya mata serta dua orang cucu itu, dia merancang melangsungkan perkahwinan selepas pembikinan filem terbaharunya Anak Ikan selesai dilakukan.

Ditanya tentang tempoh membahagiakan yang sedang dilalui kini, Raja Azmi tertawa: "Saya jatuh cinta pandang pertama."

Eddie menambah: "Sejarah perkahwinan terdahulu bukan persoalan buat kami, rasanya seperti kembali muda."

The Fabulous Cats masuk lokap

Posted:

The Fabulous Cats masuk lokap

The Fabulous Cats masuk lokap


THE FABULOUS CATS muncul dengan single baharu bertajuk Sebulatnya yang menjadi lagu tema drama Epilog Cinta Khirana.


CAT FARISH mengaku bahawa dia sebenarnya sudah bosan melihat anggota The Fabulous Cats (TFC) bersilih ganti.

"Mahunya tak letih? Bila ada anggota yang keluar, orang sering bercakap tentang nasib anggota yang keluar itu tetapi tidak pula memikirkan masalah sebenar," kata Cat Farish yang menubuhkan TFC pada Julai 2007.

Sempat 'menguburkan' seketika grup kesayangannya itu, akhirnya Cat Farish serta seorang lagi 'ahli tetap' TFC, Zizie kembali dengan klip video lagu balada, Sebulatnya. Kali ini TFC turut menampilkan dua ahli baharunya.

"Lagu Sebulatnya itu dirakam lima tahun lalu. Saya pernah bercakap dengan Zizie untuk menguburkan sahaja TFC tetapi akhirnya kami muncul juga dengan dua famili baharu iaitu Afif dan Hairool," terang Cat yang menganggap anggota tetap TFC hanyalah dia dan Zizie manakala anggota baharu merupakan famili buat mereka.

Klip video lagu berusia lima tahun itu dibuat khusus untuk menjadi lagu tema slot Samarinda drama Epilog Cinta Khirana yang bersiaran di TV3 setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Penggambaran klip video Sebulatnya dijalankan di lokap Balai Polis Kelana Jaya dan di tempat letak kereta Zenith Corporate Park, Kelana Jaya. LOULpop Studio merupakan tenaga produksi untuk penggambaran klip video itu. Ia diarahkan oleh Khairul Hazwan.

Sutradara kelahiran Kedah itu merupakan jurugambar rasmi bekas angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Dia juga pengarah bagi klip video penyanyi Ainan Tasneem, Alif Satar, Spider dan Klangit.

"Idea untuk membuat klip video di dalam lokap datang daripada Khairul. Dia mahukan sesuatu yang menyentuh dan ada kesinambungan dengan penceritaan Epilog Cinta Khirana," terang Cat.

Tambahnya: "Jujurnya saya memang tidak sukakan penjara. Tengok kucing dalam 'penjara' (sangkar) pun saya sedih, apa lagi manusia. Siap kena buat lawak untuk tenangkan fikiran sebelum penggambaran bermula."

Bercerita tentang produk baharu TFC setelah sekian lama vakum dalam dunia hiburan, Cat menceritakan bahawa lagu Sebulatnya merupakan penerbitannya yang menarik.

Menurutnya, keadaan itu berlaku ekoran lagu tersebut mengetengahkan genre R&B dan soul.

Cat berkata, genre tersebut jarang terdapat dalam lagu-lagu di Malaysia.

"TFC juga sedang memberi fokus kepada lagu untuk bulan Ramadan ini. Malaysia memang ada banyak stesen radio tetapi susah untuk mainkan lagu. Saya sebenarnya menjadi takut apabila mendengar lagu-lagu popular menerusi radio sekarang.

"Nampaknya, dunia kini menjadi semakin santai dan saya terfikir tentang nasib individu yang belajar di Berkeley (sekolah muzik di Amerika Syarikat) atau sekolah muzik yang serius," keluh Cat.

Cat mengaku bahawa laman perkongsian video YouTube merupakan platform yang jujur.

"TFC juga akan keluar dengan lagu Pulang Dengan Rindu, kolaborasi TFC dengan grup Tiga Swaggers.

"Selain itu, saya juga sibuk membina studio SEVENfourSEVEN di Seksyen 7, Bangi, Selangor.

"Studio tersebut merupakan tapak untuk Suara Generasiku yang merupakan penaja untuk album kami.

Suara Generasiku membentuk komuniti yang akan membantu belia dalam pelbagai bidang.

"Ia sebuah badan bukan kerajaan yang akan mendengar suara komuniti berkaitan pembangunan, pelajaran, sosial, seni dan sebagainya untuk diketengahkan kepada kerajaan," jelas Cat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat