Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Mati jatuh bangunan ketika diserbu Posted: Mati jatuh bangunan ketika diserbuOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
MELAKA - Seorang pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri dekat Jalan Melaka Raya 5 di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 4.25 petang itu, mangsa yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis yang melakukan operasi rutin mengetuk pintu rumah mangsa yang didiami bersama empat rakannya termasuk tiga wanita. Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sebaik anggota polis masuk, mangsa yang berasal dari Merlimau, Jasin sudah terjatuh ke bawah dalam keadaan terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: 211 sekolah di Muar ditutupOleh RADIAH SAORI BANDAR Muar di Johor diselubungi jerebu teruk semalam. NUSAJAYA – Sebanyak 211 buah sekolah di Muar dekat sini ditutup dua hari bermula tengah hari semalam disebabkan keadaan berjerebu di daerah tersebut yang kini pada tahap bahaya. Ini bermakna sebanyak 76,940 murid di sekolah terbabit akan mendapat rehat selama empat hari. Mereka akan kembali bersekolah pada Isnin ini sekiranya tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kembali baik. Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A. Ghani (gambar kecil) berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya menerima pekeliling mengenai garis panduan menangani jerebu yang membenarkan sekolah memberi cuti kepada pelajar sekiranya bacaan IPU melebihi 300. "Kita telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di kawasan yang mempunyai IPU melebihi 300 iaitu di tahap berbahaya. "Setakat pukul 11 pagi semalam, IPU di Muar mencatatkan bacaan sehingga 383. Atas sebab ini maka keputusan menutup sekolah tersebut dilakukan," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Perlukan moral, akhlak terpuji Posted: Perlukan moral, akhlak terpujiKUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat berilmu perlu dilengkapi moral dan akhlak terpuji untuk membentuk masyarakat dan negara terbilang. Perdana Menteri berkata, masyarakat berilmu juga bakal melonjakkan prestasi dan menjamin kemakmuran negara. "Secara peribadi, saya juga berpendapat bahawa ilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji. Gabungan ilmu dan moral akan membentuk masyarakat dan negara terbilang," katanya dalam laman sosial Facebook beliau semalam. Najib berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai kepentingan melabur menerusi ilmu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |