{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Negara

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Negara


1,804 sekolah dibuka semula

Posted:

1,804 sekolah dibuka semula

1,804 sekolah dibuka semula

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD dan IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
berita@kosmo.com.my

DARURAT jerebu di Muar, Johor ditarik balik setelah keadaan jerebu di bandar itu semakin pulih dengan bacaan IPU 125 pada pukul 5 petang semalam.


KUALA LUMPUR - Semua 1,804 buah sekolah di enam buah negeri membabitkan kira-kira 1.5 juta pelajar yang ditutup semalam ekoran krisis jerebu kritikal yang melanda negara sejak beberapa hari lalu dibuka semula hari ini setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bertambah baik.

Hanya 131 buah sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang masih ditutup.

Semua 1,230 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan dibuka esok kecuali sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang membabitkan 161,886 pelajar masih ditutup kerana bacaan IPU di kawasan tersebut mencatat bacaan 319 iaitu melebihi tahap berbahaya semalam.

Penutupan itu membabitkan 93 buah sekolah rendah dan 38 buah sekolah menengah.

Negeri-negeri yang terlibat dengan penutupan sekolah semalam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah wajib ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 300.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Syarikat Malaysia tidak terlibat bakar hutan di Riau

Posted:

Syarikat Malaysia tidak terlibat bakar hutan di Riau

Syarikat Malaysia tidak terlibat bakar hutan di Riau


PUNCA JEREBU... Seorang lelaki melihat kawasan hutan yang terbakar di Labersa, Riau, Indonesia semalam.


JAKARTA - Syarikat-syarikat Malaysia tidak terlibat dengan pembakaran terbuka di kawasan ladang sawit di Riau yang telah menjejaskan kualiti udara di sebahagian negeri di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (Apimi), Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata, walaupun ada kejadian pembakaran terbuka dalam kawasan ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, ia dilakukan oleh pekebun kecil di kawasan tanah yang mereka usahakan sendiri.

"Ingin saya maklumkan bahawa di dalam ladang milik syarikat Malaysia telah diperuntukkan sebanyak 20 peratus untuk masyarakat di sekitar ladang yang dimiliki oleh syarikat Malaysia itu.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat setempat untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kegiatan penanaman semula tanaman mereka," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Najib dahului upacara angkat sumpah Parlimen

Posted:

Najib dahului upacara angkat sumpah Parlimen

Najib dahului upacara angkat sumpah Parlimen


NAJIB menandatangani dokumen selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendahului upacara angkat sumpah jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat pada majlis yang turut menyaksikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Turut berbuat demikian ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti 131 ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional dan 89 ahli Parlimen daripada parti-parti pembangkang.

Ini merupakan mesyuarat pertama Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lepas.

Ucapan mengangkat sumpah itu juga berjalan lancar dengan dihadiri oleh semua ahli Parlimen meskipun baru-baru ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah itu kerana mendakwa wujud penipuan dalam PRU-13.

Terdahulu, Pandikar Amin dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk kali kedua sebaik Penggal Pertama Parlimen ke-13 bersidang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat