Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT Insan Minta Dibela Saudara Pengarang, SAYA adalah salah seorang ribuan pekerja kontrak di Jabatan Perpustakaan Negara ingin melahirkan rasa terkilan dengan nasib kami yang seolah-olah langsung tidak diberi perhatian. Pendapatan kami yang hanya berjawatan Pembantu Am Pejabat secara kontrak hanya sekitar RM100 hingga RM150 sebulan, termasuk elaun yang kami sifatkan sebagai tidak munasabah pada zaman serba maju hari ini. Lebih malang, kami tidak pernah menerima bayaran seperti pekerja yang lazimnya akan mendapat gaji atau elaun setiap hujung bulan, sebaliknya hanya menerima bayaran secara tidak menentu adakalanya sehingga tiga bulan sekali. Sedangkan seorang pekerja asing yang datang mencari rezeki di negara kita boleh meraih pendapatan ribuan ringgit sebulan sedangkan kami sebagai warganegara hanya menerima imbuhan yang jauh dari setimpal pada hemat saya. Apa dosa kami sehingga diperlakukan sedemikian sedangkan dalam masa sama rakan kami yang bekerja di sektor swasta menerima berita gembira dengan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan. Bayangkan apa yang mampu kami beli dengan wang sebanyak RM150 sebulan, terutama yang tinggal di bandar, sedangkan sewa rumah sahaja mencecah antara RM200 hingga RM300 sebulan. Perkara ini bukan baru, malah sudah berlarutan sejak 2009 semasa perkhidmatan secara kontrak diperkenalkan oleh Jabatan Perpustakaan Negara apabila sebelum ini kami di bawah skim pekerja khidmat singkat yang dibayar mengikut jam bekerja. Sebenarnya nasib malang ini bukan sahaja menimpa kami yang menjawat jawatan Pembantu Am Pejabat, tetapi turut dirasai oleh mereka yang menjawat jawatan Penyelia Perpustakaan dan Pembantu Perpustakaan. Setiap kali kami cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan kami hanya diberitahu masalah berpunca dari kegagalan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengeluarkan surat pengiktirafan. Saya harap semua pihak yang terbabit membuka mata dan cuba merasai kesusahan yang kami alami, bukannya membutakan mata dan memekakkan telinga serta mengambil sikap lepas tangan. |
Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED BATU PAHAT 24 Jun - Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk diagihkan sebagai sumbangan kepada sembilan masjid, 13 surau dan lebih 200 kampung dan taman di seluruh Parlimen Sri Gading. Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab. Aziz Kaprawi (gambar) berkata, sumbangan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) itu diagihkan selepas pihak yang mewakili komuniti masing-masing memohon bantuan untuk melakukan pelbagai aktiviti dan membaik pulih masjid serta surau. Menurutnya, daripada jumlah itu, RM1 juta akan diagihkan kepada wakil penduduk daripada setiap perkampungan dan taman perumahan, manakala selebihnya merupakan sumbangan kepada masjid dan surau. "Setiap wakil penduduk kampung dan taman perumahan diberi sebanyak RM5,000 dan perlu berbincang dengan komuniti masing-masing bagi membelanjakan sumbangan berkenaan. "Sebanyak RM1 juta lagi akan disumbangkan kepada sembilan masjid dan 13 surau yang memohon untuk membaik pulih, membesarkan dan menambah baik institusi keagamaan tersebut," katanya selepas taklimat khas pembangunan kawasan Parlimen itu di sini semalam. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, pengagihan sumbangan yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu membuktikan bahawa kerajaan tidak dibuai mimpi selepas berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan negara. Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan permohonan yang diminta sebelum ini bagi memastikan rakyat terus didahulukan, katanya. "Dalam pengagihan peruntukan ini, komuniti di perkampungan dan taman perumahan diberikan kebebasan untuk menggunakan wang sumbangan tersebut. "Jika mereka semua setuju untuk menganjurkan aktiviti bagi penduduk, ia boleh dilakukan dan sekiranya terdapat yang ingin membesarkan balai raya mereka juga boleh melakukannya," katanya. |
Jerebu: Penduduk Batu Pahat kembali lega Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT KEMBALI cerah... Bandar Batu Pahat, Johor kembali cerah selepas dilanda jerebu sejak minggu lalu. KEMBALI cerah... Bandar Batu Pahat, Johor kembali cerah selepas dilanda jerebu sejak minggu lalu. BATU PAHAT 24 Jun - Penduduk di daerah ini mula kembali melakukan aktiviti seharian selepas keadaan jerebu beransur pulih sejak petang semalam. Seorang peniaga, Jamhuri Hussin, 47, berkata, keadaan jerebu pagi ini kelihatan pulih dan disifatkan tidak membahayakan kesihatan jika dibandingkan dengan hari sebelumnya. Bangunan tinggi pun boleh dilihat dari jarak lebih 400 meter, manakala bau asap juga telah berkurangan. Berbanding minggu lalu hingga pagi semalam, jarak penglihatan agak terhad dan bangunan tinggi terlindung dengan jerebu. Saya berharap keadaan ini akan berterusan dan pulih sepenuhnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Seorang kakitangan syarikat swasta, Riziah Salim, 29, memberitahu, keadaan jerebu yang kelihatan pulih pagi ini ternyata melegakan penduduk yang panik sebelum ini. Menurutnya, suasana cerah membuatkan penduduk tidak lagi bimbang untuk melakukan aktiviti seharian termasuk ke tempat kerja. Ketika jerebu teruk bermula minggu lalu hingga petang semalam, saya dan rakan-rakan terpaksa membawa makanan dari rumah kerana mengelak untuk keluar dari pejabat dan menghirup udara yang berbau asap. Tetapi hari ini, bau asap semakin berkurangan dan jarak penglihatan |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |