{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


‘Rajagobal harus lebih berani’

Posted:

'Rajagobal harus lebih berani'

'Rajagobal harus lebih berani'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Malaya hanya mampu meraih satu kemenangan dalam tiga aksi persahabatan yang diharungi di Australia.


BEKAS pemain skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Namat Abddullah mahu ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal bertindak lebih berani untuk memberikan kepercayaan kepada muka-muka baharu.

Namat berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan kedua skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan di Australia.

Semalam, anak-anak buah Rajagobal tewas 0-2 kepada kelab Australia, Marconi Stallions dalam aksi persahabatan terakhir mereka di negara itu.

Pada aksi persahabatan sulung minggu lalu, Harimau Malaya tewas 2-3 kepada Canberra FC sebelum berjaya membenam Sydney Olympic FC 4-0 Selasa lalu.

Namat memberitahu, keputusan ketiga-tiga perlawanan itu tidak harus dijadikan ukuran, sebaliknya Rajagobal perlu mencari satu ramuan terbaik dalam usaha memantapkan Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain Oktober depan.

Beliau percaya skuad kendalian Rajagobal akan bertambah ampuh jika bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu memberikan kepercayaan penuh kepada pemain-pemain baharu.

Namat yakin, persaingan sihat akan berlaku sesama pemain, sekali gus memudahkan Rajagobal untuk memilih pemain-pemain lebih berkualiti.

"Rajagobal sememangnya seorang jurulatih yang berkaliber. Cuma dalam pemerhatian saya, beliau kerap memanggil pemain-pemain yang sama.

"Saya tidak mahu menidakkan taktikal Rajagobal, tetapi jika peluang itu diberikan kepada pemain-pemain yang lebih menonjol, sudah tentu skuad kita memiliki sedikit kelebihan.

"Jadi pada pendapat saya, Rajagobal harus berani untuk memanggil lebih ramai pemain yang mempamerkan aksi konsisten dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Secara tidak langsung, beliau akan mendapat lebih ramai pemain alternatif untuk diketengahkan," kata Namat kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Malaya dijangka pulang ke tanah air petang Sabtu ini.

Awas penyokong bermasalah

Posted:

Awas penyokong bermasalah

Awas penyokong bermasalah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


HAMIDIN (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan akhir Piala FA 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menawarkan insentif sebanyak RM1,000 kepada individu yang berjaya menangkap mana-mana penyokong yang didapati tidak berdisiplin pada aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mana-mana penyokong yang didapati cuba merosakkan suasana harmoni pada perlawanan akhir itu nanti.

"FAM telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada mana-mana penyokong yang berjaya melapor atau menangkap penonton yang disahkan membaling atau melontar barang-barang yang tidak dibenarkan seperti mercun dan flare di kawasan stadium nanti.

"Sekiranya pihak FAM atau PDRM berjaya menangkap mereka, kami akan memberikan insentif sebanyak RM1,000 kepada penonton yang berjaya memberikan maklumat kepada FAM," kata Hamidin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan akhir Piala FA di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Hamidin, FAM dengan kerjasama PDRM juga akan melantik 100 penyokong daripada setiap pasukan sebagai marshall dalam aksi final itu nanti.

Dalam perkembangan sama, Hamidin mengumumkan sebanyak 87,000 tiket akan dijual dan Kelantan akan bertindak ebagai pasukan tuan rumah untuk aksi final Piala FA tersebut.

"Kita telah memutuskan beberapa perkara. Pertama, perlawanan akhir Piala FA 2013 diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan berlangsung pada pukul 8.45 malam.

"Kedua, sebanyak 87,000 tiket akan dikeluarkan pada 24 Jun dan kedua-dua pasukan yang beraksi di final, masing-masingnya akan mendapat peruntukan 30,000 tiket.

"Kedua-dua pasukan boleh menjual tiket di tempat masing-masing bermula 25 Jun.

"Baki tiket selebihnya, ia akan dijual di Stadium Nasional bermula 28 Jun sehingga ke hari perlawanan.

"Setiap seorang hanya dibenarkan membeli empat tiket dan harga tiket tidak dinaikkan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan ia kekal pada harga RM40 untuk dewasa serta RM5 bagi kanak-kanak.

"Tiket itu dilengkapkan dengan sistem pengesan ultraungu apabila syarikat bertanggungjawab mengendali tiket itu bersetuju untuk mengeluarkan tiket sedemikian bagi menggelak isu 'ulat tiket'," katanya.

Ju Pha 'henjut' dua pingat emas

Posted:

Ju Pha 'henjut' dua pingat emas

Ju Pha 'henjut' dua pingat emas

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

JU PHA (depan) memimpin perlumbaan scratch pada GP Kebangsaan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.


PELUMBA muda negara, Ju Pha Somnet merangkul dua pingat emas dan satu perak pada hari kedua Kejohanan Trek Berbasikal Grand Prix (GP) Kebangsaan 2013 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Ju Pha, 20, yang beraksi buat pasukan Perlis, memenangi emas pertamanya dalam acara scratch wanita elit pada sebelah pagi dengan catatan masa 11 minit 35.514 saat (s) bagi menewaskan rakan sepasukannya, Lauretta Eva Adrian yang merekodkan 11:36.132s.

Pingat gangsa menjadi milik pelumba Selangor, Grace Phang Ching Zhen dengan catatan masa 11:36.286s.

Sesi sebelah petang pula menyaksikan Ju Pha memenangi emas keduanya dalam acara 3 kilometer (km) kejar mengejar individu wanita elit dengan menewaskan Grace.

Dia yang dinobatkan Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) 2011, mencatat masa 4:15.204s, sekali gus mengatasi Grace yang merekodkan 4:19.905s manakala pingat gangsa dimenangi pelumba Kedah, Siti fatimah Ismail (4:41.950s).

"Saya meletakkan sasaran empat emas pada kejohanan ini, dua telah saya menangi dan dua lagi adalah dalam acara pecut berpasukan dan point race yang berlangsung esok (hari ini).

"Saya juga berasa gembira kerana pada peringkat kelayakan (3km kejar mengejar individu wanita elit), saya telah berjaya memecah rekod kebangsaan milik saya pada Sukma dua tahun lalu dengan masa 4:14s .

"Jadi kalau dapat dua emas lagi dalam acara pecut berpasukan dan point race nanti lagi bagus," jelasnya.

Bagaimanapun, hajat Ju Pha untuk memenangi kilauan emas ketiga semalam tidak kesampaian apabila dia yang berpasangan dengan Lauretta dalam acara pecut berpasukan tunduk kepada gandingan Terengganu yang menurunkan Ummi Hamimah Mohamad dan Fatehah Mustapa.

Bagi pecut berpasukan kategori lelaki elit pula, trio Selangor yang diketuai Mohd. Rizal Tisin, Muhd. Elmi Jumari dan Hamdan Hamidun berjaya memenangi pingat emas dengan catatan 1:09.519s bagi menewaskan trio Perak, Muhd. Edrus Mohd. Yunos, Muhd. Zawawi Azman dan Muhd. Najib Zainul Azman (1:11.657s).

Loh Sea Keong pula berjaya menyumbang pingat emas kepada pasukan Kelantan apabila memenangi acara scratch lelaki elit dengan masa 14:44.332s untuk menewaskan Muhd. Zawawi Azman.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat