Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Romantika rasa di RomanzaOleh ALIF ABU BAKAR
MEMBELOK kenderaan ke simpang kanan Jalan Ampang dari arah pusat bandar raya Kuala Lumpur bakal menemukan anda dengan Lorong Nibong. Ada sesuatu yang menjentik keterujaan di sebalik kesepian Lorong Nibong itu. Di kiri kanan lorong sempit itu berdirinya beberapa restoran eksklusif yang menjadi pilihan kebanyakan golongan ekspatriat. Cukup bertuah perniagaan restoran fine dining di situ. Mana tidaknya, hampir keseluruhan kawasan tersebut dipenuhi pejabat kedutaan pelbagai negara. Barangkali masyarakat tempatan sedikit gentar untuk berkunjung ke barisan restoran di situ. Bimbang harganya tidak menepati isi poket yang dibawa. Namun persepsi itu ternyata tidak benar. Cuba anda melangkah ke dalam Romanza Le Restaurant yang telah beroperasi sejak setahun lalu. Saat pintu restoran itu ditolak, pandangan pasti terpukau dengan dekorasi berkonsep klasik dari segenap sudut. Gambar-gambar legenda ternama dunia seperti Andrea Bocelli, Aishwarya Rai dan Charlie Chaplin menghiasi dinding restoran tersebut. Inspirasi "Saya perlu berterima kasih kepada penyanyi kegemaran saya, Andrea Bocelli yang banyak memberi inspirasi kepada hiasan dalaman Romanza. Muzik-muzik romantisnya juga mencetuskan idea saya menamakan restoran ini sebagai Romanza yang bermaksud romantik dalam bahasa Itali. "Susun atur, pemilihan perabot sehinggalah kepada napkin dan hiasan dalaman restoran ini saya lakukan sendiri," jelas pemilik Romanza, Shena Mohamed, 33, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. DUCK confit merupakan antara hidangan utama di Romanza. Sesudah melabuhkan punggung di atas kerusi empuk restoran itu, anda boleh terus menelaah menu yang diberikan pelayan. Untuk pembuka selera, anda disarankan memesan chicken caesar salad yang menjadi antara kegemaran pelanggan di Romanza. Hirisan kepingan dada ayam bersama salad mentega rangup yang dihidangkan dengan aioli ikan bilis pasti memberikan keenakan berganda kepada tunas rasa. Jika bosan dengan juadah ayam atau ikan, apa kata tukar kebiasaan itu kepada itik. Duck confit hidangan Romanza sangat enak apabila diadun bersama rempah dan sos buatan mereka sendiri. Sempurnakan makan malam romantik anda bersama pencuci mulut istimewa seperti chocolate marquis atau raspberry sorbet. Manisan eksotik itu mampu meninggalkan momen indah anda di Romanza. Setiap resipi di Romanza dipilih dan ditetapkan oleh Ketua Chef, Steven Kruger yang diterbangkan dari Afrika Selatan. Bagaimanapun, Shena masih terlibat secara langsung dalam penetapan menu yang ingin disajikan. Anda juga jangan terkejut dengan harga berpatutan yang ditawarkan Romanza. Walaupun berstatus restoran fine dining, Romanza sebenarnya sangat bertimbang rasa dalam soal penetapan harga. Nyata perbandingan harga dengan servis, bahagian makanan dan suasana yang diterima menjadikan pelaburan di Romanza amat berbaloi. Sebagai contoh menu chicken caesar salad dalam hidangan besar cuma berharga RM23. Selain dibuka bagi pengunjung restoran pada waktu malam, Romanza turut menawarkan servis katering. | |
Posted: Gajet penjimat minyak terkiniOleh NASRI JAMALUDIN
"BIASANYA dengan isian petrol sebanyak RM50, saya boleh ulang-alik selama empat hari dari rumah di Selayang ke tempat kerja di Damansara Utama. Menggunakan alat ini, saya hanya mengisi semula pada hari keenam. Alhamdulillah, jimat dua hari perjalanan." Itulah antara komen wanita dikenali sebagai Sarah yang dibuat dalam laman web www.mpr4u.my berhubung kepuasannya menggunakan gajet penjimat minyak MaxPower Revolution (MP-R) keluaran syarikat Bumiputera, Kilauan Impian Sdn. Bhd. (Kilauan Impian). Sarah menggunakan kereta Honda Jazz untuk ke tempat kerja setiap hari. Syarikat berkenaan yang telah memasarkan produk tersebut sejak lebih empat tahun lalu kini mengorak langkah dengan memperkenalkan gajet terbaharu bagi kenderaan berat dikenali sebagai MP-R Heavy Duty (MP-R HD). Penggunaan gajet itu membolehkan pemilik kenderaan berat menjimatkan penggunaan minyak sehingga 30 peratus. "Sebelum ini, kami mencipta gajet penjimat minyak khusus untuk kereta tetapi atas permintaan pengusaha-pengusaha lori terhasillah MP-R HD. "Selain menjimatkan penggunaan minyak, MP-R HD turut menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk menambah kuasa pecutan, memanjangkan jangka hayat alat ganti dan mengoptimumkan fungsi alat-alat elektronik kenderaan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaharizal Ariffin. Beliau ditemui pada majlis pelancaran gajet itu yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Kilauan Impian, Kapten (B) Shaharudin Ariffin. Pada bulan pertama di pasaran sebanyak 2,000 unit MP-R HD telah dijual. Sehubungan itu, syarikat berkenaan menyasarkan jualan sebanyak 3,000 unit setiap bulan. HAMZAH (tengah) melancarkan gajet penjimat minyak di Kuala Lumpur baru-baru ini. Gajet tersebut telah memasuki pasaran Indonesia dan Thailand selain bakal menembusi Filipina serta Vietnam dalam masa terdekat. Pada majlis tersebut turut dilancarkan MPR versi baharu untuk kegunaan kereta. Stabilkan arus elektrik Kedua-dua gajet jimat minyak itu berfungsi dengan menstabilkan arus elektrik kenderaan sekali gus memantapkan pembakaran bahan api, melancarkan pemanduan, mengurangkan tekanan terhadap enjin dan menambah kuasa pecut kenderaan. Sementara itu, Hamzah berkata, pihaknya menyambut baik inovasi anak tempatan sekali gus menyatakan kesudian untuk bekerjasama mengetengahkan produk-produk terbaik ke pasaran antarabangsa. "Di sinilah peranan Kementerian Luar sebagai agen kepada masyarakat dalam negara yang mahu memasarkan produk di peringkat antarabangsa. Menariknya langkah itu juga membolehkan rakyat negara luar untuk turut sama menikmati teknologi terkini dari Malaysia," katanya. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan MP-R HD yang bersaiz kompak pada harga promosi iaitu RM299 manakala MPR pula berharga RM219 seunit. Untuk maklumat lanjut berkaitan produk dan pengedar, layari laman web www.mpr4u.my dan www.fb.com.mpr4u atau hubungi talian 010-510 9300. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |