Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Ramlan kembali terajui ISN, Shapawi kini Pesuruhjaya Sukan
- Kayuhan Fatehah sukar dicabar, Josiah sambar dua emas
- Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit
Ramlan kembali terajui ISN, Shapawi kini Pesuruhjaya Sukan Posted: Ramlan kembali terajui ISN, Shapawi kini Pesuruhjaya Sukan12/06/2013 10:12pm KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan semula Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu. Unit Komunikasi Korporat KBS dalam kenyataan berkata, Dr. Ramlan, 53, sebelum ini dipinjamkan sebagai Penasihat Sains dan Perubatan Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan sejak 16 Ogos tahun lepas. Ahmad Shapawi Ismail, 50, yang menjawat jawatan CEO ISN pula dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan. "Pelantikan kedua-dua pegawai kanan (KBS) itu berkuat kuasa 17 Jun," menurut kenyataan itu. - KOSMO! |
Kayuhan Fatehah sukar dicabar, Josiah sambar dua emas Posted: Kayuhan Fatehah sukar dicabar, Josiah sambar dua emas12/06/2013 10:10pm KUALA LUMPUR - Pelumba elit negara, Josiah Ng berjaya menyambar dua pingat emas pada hari pertama Kejohanan Trek Berbasikal Grand Prix (GP) Kebangsaan 2013 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras hari ini. Pelumba Sarawak itu meraih emas pertama menerusi acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) apabila mencatatkan masa 1 minit 07.927 saat (s). Josiah meneruskan momentum apabila merangkul emas kedua peribadinya menerusi acara pecut selepas mengecewakan Edrus dalam saingan akhir. Sementara itu, ratu trek negara, Fatehah Mustapa turut meraih dua pingat emas semalam apabila mengungguli acara 500 meter (m) ITT dan pecut. Dalam acara 500m ITT, pelumba Terengganu itu men catatkan masa 37.510s untuk menewaskan rakan sene gerinya, Ummi Hamimah Mohammad (39.510s) dan Lauretta Eva Adrian dari Perlis (41.289s). Fatehah juga tidak menghadapi sebarang masalah apabila menguasai pentas final pecut apabila mengecewakan Lauretta. - KOSMO! |
Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit Posted: Motosikal vintaj dijual pada harga AS$5,000 seunit12/06/2013 10:08pm HANOI - Pameran basikal motosikal vintaj yang diadakan di sini nyata menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara. Acara itu mengumpulkan banyak model motosikal yang dibuat pada era Soviet Union. Motosikal yang lengkap dengan tempat duduk penumpang di sebelah sebelum ini digunakan oleh pasukan polis dan tentera Vietnam. Antara mekanik yang bertanggungjawab membaik pulih jentera tersebut ialah Tran Chi Cong yang memiliki pengalaman selama 20 tahun. Pakar dalam aspek baik pulih motosikal vintaj, dia mempunyai sebuah bengkel di pinggir bandar Hanoi. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |