{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Tunku Aminah rasmikan perpustakaan UTHM

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

TUNKU Aminah Sultan Ibrahim melihat buku di Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM sambil diiringi oleh Mohd. Noh Dalimin (kiri) di UTHM Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT 11 Jun - Puteri Sultan Johor, Tunku Aminah Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini yang merupakan perpustakaan tertinggi di Asia.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin dan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Bharun Narosid Mat Zin.

Dalam gimik perasmiannya, Tunku Aminah turut diberi penerangan tentang latar belakang perpustakaan setinggi lima tingkat yang siap dibina pada 2010 di atas tapak seluas 16,000 kaki persegi.

Selepas gimik perasmian, Tunku Aminah kemudian dibawa melawat ruang perpustakaan yang kini menempatkan lebih 300,000 buah buku kepada mahasiswa selain dilengkapi dengan mesin penyerahan bahan dan ruang pembelajaran maya.

Sementara itu, Bharun Narosid memberitahu, Perpustakaan Tunku Tun Aminah yang merupakan perpustakaan tercanggih di negeri ini bukan sahaja membuka keahliannya kepada mahasiswa UTHM, malah turut menerima keahlian daripada komuniti luar.

"Perpustakaan Tunku Tun Aminah berbeza daripada perpustakaan lain kerana di sini, UTHM mengenakan konsep perpustakaan keluarga yang membenarkan kemasukan kanak-kanak.

"Berikutan itu, UTHM menyediakan perpustakaan kanak-kanak yang membolehkan ibu bapa meninggalkan anak mereka sementara mendapatkan bahan bacaan yang dikehendaki," katanya.

Beliau berkata, selain ratusan ribu buku, terdapat 40,000 jurnal disediakan di perpustakaan tersebut untuk komuniti dari dalam dan luar UTHM.

Perkeso bayar pampasan RM54.4j

Posted: 11 Jun 2013 10:49 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

R. VIDYANATHAN (kiri) diberi penerangan oleh anggota keselamatan MMHE ketika merasmikan Program Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja dan Saringan Kesihatan 2013 di Pasir Gudang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 11 Jun - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri ini membayar pampasan sebanyak RM54.4 juta kepada penerima, melibatkan pelbagai kategori sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Tan Bi Fong berkata, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak RM13 juta telah dibayar kepada pencarum yang berkelayakan.

"Sebanyak 60 peratus daripada pembayaran pampasan ini melibatkan kemalangan yang berlaku di tempat kerja, manakala selebihnya disebabkan faktor lain termasuk kemalangan ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

"Perkeso dalam masa sama akan terus memastikan para majikan di negeri ini membuat caruman bagi memastikan pekerja mendapat hak perlindungan jika berlakunya kemalangan," katanya dalam sidang akhbar sempena Program Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja dan Saringan Kesihatan 2013 di Malaysia Marine & Heavy Engineering Bhd. (MMHE) di Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R. Vidyanathan dan turut dihadiri Ketua Pegawai Sumber Manusia MMHE, Choo Lai Khuan.

Bi Fong berkata, para pekerja seharusnya mengambil tahu tentang hak masing-masing dengan menyemak status di pejabat Perkeso sama ada majikan membuat caruman atau sebaliknya.

Mengulas program berkenaan, beliau berkata, ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran, khususnya bagi pekerja tentang soal keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.

Katanya, ini adalah program pertama pertubuhan berkenaan pada tahun ini dan berharap dapat mengadakan program sama bersama majikan lain di seluruh negeri ini pada masa akan datang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat