Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- FAM tawar RM1,000 kepada individu tangkap penyokong bermasalah
- Guru wanita kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu pegawai bank
- 30,000 tiket untuk Kelantan dan Johor DT
FAM tawar RM1,000 kepada individu tangkap penyokong bermasalah Posted: FAM tawar RM1,000 kepada individu tangkap penyokong bermasalah13/06/2013 10:01pm PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menawarkan insentif sebanyak RM1,000 kepada individu yang berjaya menangkap mana-mana penyokong yang didapati tidak berdisiplin pada aksi final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana penyokong yang didapati cuba merosakkan suasana harmoni pada perlawanan tersebut. "FAM telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada mana-mana penyokong yang berjaya melapor atau menangkap penonton yang disahkan membaling atau melontar barang-barang yang tidak dibenarkan seperti mercun dan flare di kawasan stadium nanti. "Sekiranya FAM atau PDRM berjaya menangkap mereka, kami akan memberikan insentif sebanyak RM1,000 kepada penonton yang berjaya memberikan maklumat kepada FAM," kata Hamidin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perlawanan akhir Piala FA di Wisma FAM, di sini hari ini. - KOSMO! |
Guru wanita kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu pegawai bank Posted: Guru wanita kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu pegawai bank13/06/2013 9:11pm MELAKA - Seorang guru wanita, daripada keluarga berada, yang membuat simpanan tetap di sebuah bank di negeri ini kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu seorang pegawai di bank itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan Soh Hock Sing berkata, wanita berusia 47 tahun itu membuat simpanan antaranya dalam bentuk cek, bank draf dan tunai sejak 2010 selepas suspek dipercayai menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk simpanan tetap. "Sejak itu mangsa membuat 81 transaksi dan 80 daripadanya telah dikeluarkan slip penerimaan manakala satu belum diterima," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini. - Bernama |
30,000 tiket untuk Kelantan dan Johor DT Posted: 30,000 tiket untuk Kelantan dan Johor DT13/06/2013 8:51pm KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) bagi perlawanan akhir Piala FA antara dua pasukan berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 29 Jun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, baki 27,000 lagi tiket akan dijual di stadium berkenaan pada 28 Jun ini bermula 9 pagi. "Pengagihan tiket kepada kedua-dua pasukan dilakukan pada 24 Jun ini dan mereka boleh menjual di negeri masing-masing keesokannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |