{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Guru wanita kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu pegawai bank

Posted: 13 Jun 2013 07:22 AM PDT

MELAKA: Seorang guru wanita, daripada keluarga berada, yang membuat simpanan tetap di sebuah bank di negeri ini kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu seorang pegawai di bank itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Supt Soh Hock Sing berkata wanita berusia 47 tahun itu membuat simpanan antaranya dalam bentuk cek, bank draf dan tunai sejak 2010 selepas suspek dipercayai menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk simpanan tetap.

"Sejak itu mangsa membuat 81 transaksi dan 80 daripadanya telah dikeluarkan slip penerimaan manakala satu belum diterima," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa mahu memeriksa penyata akaun simpanan tetapnya pada awal tahun ini namun dihalang suspek dengan memberikan pelbagai alasan.


Katanya pada awal bulan ini, mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan diberitahu beliau tidak mempunyai sebarang akaun simpanan tetap.


Wanita berkenaan katanya kemudian membuat laporan polis pada 7 Jun lepas selepas mendapati dirinya ditipu.

Soh berkata hasil siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai membuat satu akaun lain menggunakan nama wanita itu untuk memindahkan wang berjumlah RM19.2 juta melalui internet ke tiga akaun lain milik tiga lelaki.

"Sejumlah RM11 juta berjaya dikesan dalam akaun yang dicipta pegawai berkenaan dan RM1.2 juta di akaun seorang daripada lelaki itu, sementara RM7 juta lesap," katanya.

Sehubungan itu, polis kini giat mengesan pegawai bank terbabit yang dikenali sebagai Chua Ken Juan, 28, beralamat terakhir di Taman Kerjasama Bukit Beruang di sini. Dia telah menghilangkan diri sejak 4 Jun.

Beliau berkata dua lelaki berusia 25 dan 42 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan telah ditahan Isnin lepas bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Pelajar tingkatan lima maut kemalangan di Kuantan

Posted: 13 Jun 2013 12:54 AM PDT

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan lima maut apabila motosikal yang diboncengnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain yang cuba mengelak sekatan jalan raya di Jalan Teluk Sisek di sini, semalam.

Syafiq Iqmal Alias, 17, yang menetap di Lorong Seri Kuantan 19, di sini, mati ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa dan rakannya yang berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Jalan Teluk Sisek menghala ke Jalan Besar, Kuantan.

"Motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang datang dari arah bertentangan. Motosikal dinaiki dua lelaki berusia 20-an itu yang secara tiba-tiba memanjat pembahagi jalan menyeberangi masuk ke laluan mereka.


"Tindakan berbahaya dua lelaki itu dipercayai akibat panik apabila melihat sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi itu," katanya.


Beliau berkata rakan mangsa dan dua lagi lelaki terbabit cedera dan kini dirawat di HTAA. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat