Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Tiga adik-beradik mati lemas di Sungai Golok
- UiTM diiktiraf universiti paling ramai pendaki tawan Everest
- Polis tahan empat anggota sindiket samun kedai serbaneka
Tiga adik-beradik mati lemas di Sungai Golok Posted: Tiga adik-beradik mati lemas di Sungai Golok17/06/2013 8:57pm RANTAU PANJANG - Keriangan tiga beradik untuk bermandi manda di Sungai Golok buat pertama kalinya berakhir dengan tragedi apabila ketiga-tiga mereka mati lemas hanyut dibawa arus deras petang tadi. Ketiga-tiga mereka Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi, 6, dan Mohammad Irfan Rahman, 4, dikatakan telah bermain dan mandi disungai tersebut yang hanya 100 meter daripada rumah mereka di Kampung Rahmat Hilir. Mereka ditemui oleh orang kampung antara pukul 5.20 petang hingga 5.50 petang tidak jauh dari tempat mereka terjatuh. Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Rantau Panjang Nasuhafadh Ahmad Mijar, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 5 petang. Ketiga-tiga mereka akan dikebumikan pada hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Rahmat. - Kosmo! |
UiTM diiktiraf universiti paling ramai pendaki tawan Everest Posted: UiTM diiktiraf universiti paling ramai pendaki tawan Everest17/06/2013 8:29pm SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai universiti yang paling ramai penuntut dan alumninya berjaya menawan puncak Gunung Everest, iaitu 10 orang pendaki. Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, usaha semua pendaki UiTM berkenaan untuk menawan puncak Gunung Everest dilakukan sejak 2004. "Saya difahamkan sejak 1997, seramai 18 orang rakyat Malaysia berjaya menawan Gunung Everest dan yang membanggakan, 10 daripadanya adalah warga UiTM," katanya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Rasmi Wira Everest 2013 hari ini. Pengiktirafan itu disampaikan wakil Malaysia Book of Records, Zulhairi Md. Zin kepada Sahol Hamid. - Bernama |
Polis tahan empat anggota sindiket samun kedai serbaneka Posted: Polis tahan empat anggota sindiket samun kedai serbaneka17/06/2013 8:26pm KUCHING - Tiga lelaki dan seorang perempuan ditahan polis, dipercayai terlibat dalam tiga kes samun melibatkan tiga buah kedai serbaneka di sekitar bandar raya ini, minggu lepas. Minggu lepas polis melancarkan gerakan memburu tiga kumpulan penjenayah dikatakan merompak enam kedai serbaneka di sekitar bandar raya ini dalam tempoh kurang 48 jam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, dengan penangkapan kesemua suspek itu, polis percaya turut dapat menyelesaikan beberapa kes samun lain di sekitar bandar raya ini. "Pada 15 Jun kira-kira 9.30 pagi sepasukan anggota polis dari Balai Polis Padungan membuat intipan ke atas sebuah kenderaaan jenis Proton Waja di tempat letak kereta di Hock Lee Centre, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim di sini. "Keempat-empat suspek ditangkap ketika datang untuk mengambil kenderaan tersebut, dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Sekama," katanya di sini hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |