Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Calon SPM ingin belajar berenang dipercayai lemas di Pantai Chenang
- Hamas menghukum bunuh dua rakyat Palestin yang menjadi pengintip Israel
- Pelumba TSG Mohd. Shahrul mat Amin juara acara lebuh raya lelaki elit
Calon SPM ingin belajar berenang dipercayai lemas di Pantai Chenang Posted: Calon SPM ingin belajar berenang dipercayai lemas di Pantai Chenang22/06/2013 9:51pm LANGKAWI - Seorang calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipercayai lemas ketika cuba belajar berenang di sekitar Pantai Chenang di sini. Mohd Aizat Ahmad Nazri, 17, pelajar Sekolah Menengah Tengku Putra, dikatakan berenang bersama dua rakannya ketika hilang di kawasan berhampiran sebuah resort sekitar pantai itu sejak petang semalam. Saksi saksi yang enggan dikenali berkata kejadian itu berlaku kira-kira 7 petang semalam, dan mungkin berpunca daripada gelombang tarikan air laut yang berlaku semasa air surut. Bagaimanapun, dua rakan mangsa berjaya diselamatkan pelancong yang berada di sekitar pantai itu. Ibu mangsa, Norhashimi Ismail berkata Mohd Aizat, anak sulung dari empat beradik, tidak tahu berenang dan mengajak dua rakannya untuk belajar melakukannya. Norhashimi berkata, beliau tidak pasti sama ada rakan mangsa boleh berenang atau tidak. Berikutan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat dimulakan selepas kejadian berkenaan disedari petang semalam sehingga pukul 10 malam dan disambung semula awal pagi tadi sehingga petang ini, namun belum berhasil menjumpai mangsa. - Bernama |
Hamas menghukum bunuh dua rakyat Palestin yang menjadi pengintip Israel Posted: Hamas menghukum bunuh dua rakyat Palestin yang menjadi pengintip Israel22/06/2013 8:48pm GAZA - Pemimpin Hamas berkata pihaknya telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua rakyat Palestin yang didapati bersalah atas kesalahan menjadi pengintip Israel selema lebih sedekad lalu. Seramai 16 rakyat Palestin telah dibunuh di Gaza gara-gara menjadi pengintip Israel sejak Hamas menawan wilayah itu pada tahun 2007. Hamas yang menolak sebarang pengiktirafan Israel sebagai negara yang sah berkata, hukuman tersebut bertujuan menghalang rakyat Palestin miskin di Gaza 'menjual' maklumat kepada pihak Israel mengenai kedudukan militan dan depoh senjata. Sementara itu, aktivis hak asasi manusia turut menyifatkan bahawa hukuman tersebut telah melanggar undang-undang Palestin kerana mana-mana kes seumpama itu perlu dirujuk kepada Presiden Mahmoud Abbas. Namun pihak Hamas tidak mengiktiraf Abbas, yang disokong Barat itu, sebagai memiliki kuasa di Gaza. - Reuters |
Pelumba TSG Mohd. Shahrul mat Amin juara acara lebuh raya lelaki elit Posted: Pelumba TSG Mohd. Shahrul mat Amin juara acara lebuh raya lelaki elit22/06/2013 8:40pm KANGAR - Pelumba TSG Terengganu, Mohd. Shahrul Mat Amin menjuarai acara lebuh raya lelaki elit Kejohanan Lumba Basikal Kebangsaan 2013, menewaskan lebih 100 peserta lain di sini hari ini. Pelumba berusia 24 tahun itu mencatat masa empat jam, 39 minit dan 56 saat (4:39.56) untuk menamatkan kayuhan sejauh 198.9 kilometer. Rakan sepasukannya, Nur Amirull Fakharuddin yang mencatat masa sama, ketinggalan di tempat kedua apabila foto penamat menyaksikan Mohd. Shahrul tiba terlebih dahulu di garisan akhir. Tempat ketiga disandang pelumba ATM, Mohd. Adiq Husaini Othman, yang turut mencatat masa 4:39.56. Seorang lagi pelumba ATM, Mohd. Zamri Saleh terpaksa berpuas hati di tangga keempat apabila mencatat masa 4:40.48 manakala pelumba TSG Mohd Saiful Anuar Aziz, yang mencatat masa sama, di tangga kelima. Kejohanan dua hari anjuran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persatuan Berbasikal Negeri Perlis dan kerajaan negeri itu akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |