{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Dunia


Robert Downey Jr. jadi Iron Man dalam Avengers

Posted:

Robert Downey Jr. jadi Iron Man dalam Avengers

Robert Downey Jr. jadi Iron Man dalam Avengers

AKTOR Robert Downey Junior terus diberi kepercayaan untuk mendokong watak adi wira Iron Man.


LOS ANGELES - Pelakon popular Hollywood, Robert Downey Jr. menandatangani persetujuan akan melakonkan watak adiwira Iron Man dalam sambungan filem "The Avengers", kata Studio Marvel kelmarin.

Dia sebelum ini memperoleh kejayaan besar menerusi watak Iron Man.

Downey, 48, menggalas antara watak utama dalam barisan superhero filem The Avengers" pada 2012 yang membariskan adiwira Iron Man, The Hulk, Captain America, Thor dan Black Widow.

Filem The Avengers yang diterbitkan oleh Studio Marvel menjadi filem ketiga berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Filem tersebut mengaut hasil kutipan tiket sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) dalam tayangan di seluruh dunia.

Downey dijangka disertai pelakon popular Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo dan Scarlett Johansson untuk mendukung kembali watak mereka dalam The Avengers 2.

Filem arahan Joss Whedon itu dijadual ditayangkan pada 1 Mei 2015.

Marvel menyatakan, filem itu akan menggabungkan watak adiwira daripada filem pertama di samping menampilkan beberapa watak baharu.

Tiga filem Iron Man lakonan Downey dari 2008 hingga 2013 berjaya memperoleh kutipan tiket lebih AS$2.4 bilion( RM7.7 bilion).

Iron Man 3 yang mula ditayang pada bulan lepas menjadi antara filem yang berjaya meraih kutipan tertinggi tahun ini, iaitu sebanyak AS$ 1.2 bilion (RM3.8 billion). - AFP

Tidak perlu solat Jumaat

Posted:

Tidak perlu solat Jumaat

Tidak perlu solat Jumaat


INDEKS pencemaran udara di Singapura akibat jerebu berada di tahap 401 yang boleh memberi impak negatif kepada warga tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.


SINGAPURA - Pejabat Mufti Singapura semalam mengeluarkan fatwa bahawa penganut Islam di republik itu tidak perlu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat berikutan masalah jerebu yang semakin serius.

"Ini kerana jerebu memberi kesan negatif kepada kesihatan dan mungkin boleh mengancam nyawa," kata pejabat Mufti Singapura.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menunaikan solat Zohor di rumah atau di mana-mana sahaja.

Berdasarkan kepada data tahun 2012, umat Islam di Singapura mewakili kira-kira 13 peratus populasi keseluruhan Singapura.

Indeks jerebu Singapura semalam mencatat tahap kritikal iaitu 401 yang dilihat mampu mengancam nyawa mereka yang mengalami masalah kesihatan dan warga emas sekiranya keadaan kekal selama 24 jam.

Para pegawai Singapura dan Indonesia telah mengadakan perbincangan khas bagaimana untuk memadamkan api di kawasan perladangan di Sumatra yang menjadi punca jerebu.

Beberapa buah helikopter milik Indonesia juga telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan aktiviti pembenihan awan bagi menghasilkan hujan. - AFP

Kanak-kanak Britain hasil 1,200origami bantu mangsa gempa bumi

Posted:

Kanak-kanak Britain hasil 1,200origami bantu mangsa gempa bumi

Kanak-kanak Britain hasil 1,200origami bantu mangsa gempa bumi


GAMBAR menunjukkan imej origami yang dijual Westaway untuk mengumpul dana mangsa bencana gempa bumi.


LONDON - Seorang kanak-kanak di Britain berjaya menghasilkan lebih daripada 1,200 bentuk lipatan origami untuk dijual bagi mengumpul wang bagi mangsa gempa bumi di Tohoku, Jepun.

Berusia 10 tahun, budak lelaki berkenaan, Eugene Westaway, mempunyai darah campuran Jepun.

Dia menggerakkan kempennya sejurus selepas bencana alam tersebut menimpa pada bulan Mac 2011.

Westaway yang menetap di England berjaya mengumpul sekitar £4,200 (RM20,840) setakat April lalu untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi itu.

Semua sumbangan tersebut dihantar melalui perkhidmatan Palang Merah Britain.

Usaha gigih budak lelaki itu telah menyentuh hati rakyat Britain.

"Westaway pernah diejek rakan-rakannya kerana berketurunan Jepun dan dia pernah berasa sedih mengenai keadaan tersebut.

"Namun selepas melihat mangsa-mangsa bencana yang kehilangan ahli keluarga dalam gempa bumi semangatnya menjadi semakin kuat. Saya fikir semangat itu membuatnya untuk bertindak membantu Jepun," kata ibunya yang berusia 42 tahun, Junko. - Agensi

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat