Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT JAKET bagi lelaki seeloknya mengikut keadaan semasa sesi temuduga. Pastikan ia selesa kerana Malaysia bukan sebuah negara empat musim. CARA berpakaian boleh memberikan persepsi terhadap personaliti seseorang itu sama ada dia berkarisma, mempunyai keyakinan tinggi atau sebaliknya. Justeru, cara berpakaian semasa menghadiri temuduga amat penting kerana ia akan memberikan gambaran pertama tentang diri kamu. Apatah lagi dalam keadaan persaingan yang begitu sengit akibat kebanjiran graduan, maka faktor pakaian jangan diambil mudah. Kamu perlu berkeupayaan untuk memberikan impak segera kepada bakal majikan bahawa kamu adalah individu yang boleh menjadi aset berharga syarikat atau jabatan. Ketika menghadiri temuduga pastikan pakaian kamu tidak keterlaluan, kemas, bersesuaian dengan kerja yang dipohon serta berpadanan dengan umur. Bagi lelaki, pemakaian yang kemas dan mengikut protokol adalah lebih mudah berbanding pemakaian wanita. Namun dalam keadaan mudah itu membuatkan lelaki akan tampak sama sahaja, tiada berbeza daripada yang lain. Di sini timbul cabaran untuk menonjolkan personaliti diri kamu. Bagi wanita pula, kamu boleh memilih gaya korporat mahupun gaya biasa yang lebih tradisional atau moden. Ini kerana ia mampu memberi kesan psikologi kepada penemuduga. Minggu ini, ruangan Trend menampilkan beberapa cara berpakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Tapi perlu diingat, walaupun pemakaian kita menarik, namun jika tiada keyakinan atau tidak bersedia untuk ditemuduga, maka sudah pasti kejayaan bukan menjadi milik kamu. Jadi, bersedialah dari segi mental dan fizikal. Apabila semuanya berjalan lancar, rezeki itu pasti menjadi milik kamu. - AMIRUL |
Posted: 21 Jun 2013 10:44 AM PDT ALAM falsafah Cina kuno, konsep Yin-Yang sering digunakan untuk menggambarkan kuasa yang bertentangan antara satu sama lain. Konsep yang sama kini digunakan dalam dunia solekan yang banyak bermain dengan warna. Walaupun warna hitam dan putih kelihatan amat bertentangan, namun kedua-dua warna tersebut masih lagi bergantung di antara satu sama lain secara semula jadi. Begitulah gaya solekan rona Ying-Yang yang menggunakan dua tona warna asas sahaja. Jika warna-warna itu dipersembahkan pada wajah seorang gadis, pastinya gadis itu tampil lebih mempesonakan. Apa juga warna yang dipilih, pastikan warna lebih gelap dipupuk di bahagian hujung mata dan lebih cerah di sudut dalam mata untuk mengimbangi bentuk mata yang sempurna. Apa kata kamu cuba eksperimenkan gaya solekan ini. Selamat mencuba. - SYAHRIL/JEFFRI IRAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |