{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Banyak pekerja masih bergaji di bawah paras minimum

Posted: 13 Jun 2013 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Jun - Banyak pekerja masih dibayar di bawah paras gaji minimum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini masih berlaku disebalik majikan mereka mencatatkan keuntungan besar dan dasar gaji minimum telah diperkenalkan tahun lepas.

Perdana Menteri berkata ini mempersendakan logik dan keadilan.

"Jika kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang lebih maju dan inklusif, kebajikan pekerja mesti diberi keutamaan. Saya minta semua majikan melakukan komitmen untuk membayar pekerja mereka gaji yang sewajarnya," katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2013 di sini hari ini.

Malaysia memperkenalkan Dasar Gaji Minimum pada Julai tahun lepas dan majikan diberi tempoh sehingga awal tahun ini untuk mula mematuhi peratuaran baharu itu.

Gaji minimum di Semenanjung Tanah Melayu ditetapkan RM900 sebulan manakala di Sabah dan Sarawak RM800 sebulan.

"Kita perlu memastikan kita menyediakan syarat pekerjaan yang saksama di semua peringkat tenaga kerja," katanya.

Dalam memastikan kesaksamaan gender dalam dunia perniagaan di Malaysia, Perdana Menteri berkata beliau menggalakkan semua syarikat senaraian awam dan syarikat berkaitan kerajaan, secara sukarela mendedahkan kadar penyertaan wanita, daripada peringkat lembaga pengarah dan ke bawah.

Beliau juga menggesa syarikat memanfaatkan insentif dalam belanjawan persekutuan untuk menawarkan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja bagi membolehkan pekerja wanita mengseimbangkan antara komitmen kerja dan keluarga.

Beliau berkata dengan memanfaatkan insentif itu menawarkan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak, rakyat Malaysia akan mempunyai peluang samarata untuk berkembang maju dalam kerjaya. - BERNAMA

Azizan masih dirawat di ICU, keadaan stabil

Posted: 13 Jun 2013 12:40 AM PDT

ALOR SETAR 13 Jun - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak masih menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) namun keadaannya semakin stabil.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd. Helmi Khalid berkata, Azizan telah sedar namun tidak sepanjang masa kerana perlu berehat.

"Dua hari lalu Azizan ada minta surat khabar untuk dibaca dan kami pun bagi dia baca surat khabar yang mana ada di HPP.

"Hari ini juga dia sedar, keadaannya semakin baik dan dia akan menjalani rawatan sehingga benar-benar pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Onlinedi sini hari ini.

Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas negeri dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Fazillah Mohd Ali yang juga sepupunya dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Azizan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Mukhriz berikutan kekalahan pakatan pembangkang negeri kepada BN pada pilihan raya umum itu. - UTUSAN ONLINE

Lebih 15 rumah penduduk rosak dipukul ribut

Posted: 13 Jun 2013 12:31 AM PDT

PASIR PUTEH 13 Jun - Lebih 15 buah rumah penduduk di beberapa kampung di Semerak dekat sini, rosak setelah dipukul ribut dan angin kencang malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu, menyebabkan kerosakan pada sebahagian besar atap rumah penduduk terbabit yang melayang ke udara setelah dipukul ribut dan angin kencang.

Menurutnya, antara kampung terlibat ialah Kampung Kuala Semerak, Kampung Tok Bali, Kampung Air Tawar, Kampung Pak Makyung, Kampung Haji Wan Omar dan sebilangan kerosakan kecil rumah di Kampung Besar.

"Kejadian itu menyebabkan penduduk kampung terbabit mengalami kerugian antara RM500 hingga RM1,000," katanya kepada pemberita ketika meninjau kerosakan yang berlaku di rumah penduduk di Tok Bali, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat