{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Kerajaan peluas insentif global untuk program dagangan firma minyak dan gas

Posted: 13 Jun 2013 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan, yang memperkenal program Insentif Global Untuk Dagangan (GIFT), pada 2011 bagi menarik syarikat global dalam industri petroleum dan produk petroleum, kini meluaskan program itu supaya meliputi dagangan syarikat penduduk tempatan dan bukan penduduk tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa langkah itu akan menjadikan program insentif berkenaan lebih menarik dan menyokong matlamat Malaysia menjadi hab tenaga serantau.

Syarikat yang berdaftar dalam program itu akan menikmati kadar cukai sama rata tiga peratus ke atas pendapatan bercukai, kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Invest Malaysia 2013 di sini hari ini.

Program GIFT meliputi satu set insentif yang dibangunkan untuk menggalakkan syarikat dagangan petroleum global menggunakan Malaysia sebagai pangkalan serantau untuk memasuki pasaran China, India dan Asia Tenggara.

Setakat ini, beliau berkata 15 syarikat dagangan minyak sudah mendaftar dengan GIFT.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman web Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program GIFT diurus dan dipantau oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).

Syarikat yang menyertai program GIFT akan mendaftar syarikat masing-masing dalam Labuan International Commodity Trading Company (LITC).
Syarikat berstatus LITC boleh menjalankan dagangan dalam petroleum, produk berkaitan petroleum, komoditi terpilih termasuk mineral dan kredit karbon.

Setakat ini, lesen dagangan sudah diluluskan kepada Petco, anak syarikat Petronas Bhd, Dialog Group Bhd, YTL Power International Ltd, anak syarikat YTL Group Bhd, BB Energy of the United Kingdom dad Vitol Trading Malaysia Labuan Ltd, anak syarikat Vitol Group of Switzerland.

Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) ialah perancang dan pemaju program GIFT.

MPRC ialah agensi di Jabatan Perdana Menteri yang diamanahkan untuk memantau dan melaksana dasar dan program untuk mentransformasikan industri perkhidmatan minyak dan gas di Malaysia.

Objektif transformasi ini ialah untuk mewujudkan juara serantau dan dunia dalam kalangan syarikat perkhidmatan minyak dan gas Malaysia serta menggalakkan syarikat multinasional minyak dan gas dunia menggunakan Malaysia sebagai ibu pejabat serantau atau operasi di Asia Pasifik. - BERNAMA

Peningkatan pembabitan wanita dalam jenayah membimbangkan: Polis

Posted: 13 Jun 2013 02:07 AM PDT

GEORGETOWN: Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini polis memberkas 1,476 wanita yang terbabit jenayah, satu peningkatan mendadak berbanding 1,214 orang sepanjang tahun lalu dan 774 pada 2011.

Pengerusi Amanita Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner M Selvi, berkata angka yang direkodkan di seluruh negara itu menunjukkan trend membimbangkan.

"Peningkatan ini berlaku sejak tiga tahun lalu. Selalunya kita mendengar wanita menjadi mangsa jenayah tetapi kini keadaan sebaliknya," katanya pada forum komuniti 'Wanita dan Penyalahgunaan Dadah' anjuran Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan Universiti Sains Malaysia, di sini, hari ini.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan wanita terbabit dalam jenayah ialah ingin mencari kemewahan, kemiskinan serta pengaruh kawan.

Mereka biasanya terbabit jenayah curi, samun, pecah rumah dan curi motosikal, katanya.

Selvi berkata, Pulau Pinang juga menunjukkan peningkatan kes jenayah membabitkan pelaku wanita iaitu 204 kes pada tahun lalu berbanding 201 pada 2011.

Dari Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 80 tangkapan membabitkan wanita direkodkan, katanya.
Kira-kira 100 penjawat awam dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai forum sehari itu yang bertujuan memberi kesedaran penyalahgunaan dadah dalam kalangan wanita.

Antara anggota panel pada forum itu ialah Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan negeri, Ahmad Nazir Long; Presiden Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang, Christine Low dan Timbalan Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Janizah Abdul Ghani.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat