{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


823 pelajar ikuti Tamhidi USIM

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

Pelajar baharu Universiti Sains Islam Malaysia mendaftar untuk mengikuti program Tamhidi di universiti itu di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 12 Jun - Sebanyak 823 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendaftar mengikuti program Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai syarat melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi bagi sesi 2013/2014 di sini baru-baru ini.

Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, Nasrul Hakim Ahmad berkata, kumpulan tersebut merupakan pengambilan terbesar bagi pelajar matrikulasi di USIM di bawah program berkenaan.

''Pusat Tamhidi menawarkan lima pilihan program pengajian kepada penuntut iaitu Perubatan, Pergigian, Sains dan Teknologi, Syariah dan Undang-Undang serta Perakaunan yang mana kesemuanya di peringkat matrikulasi.

''Selepas proses pendaftaran, kesemua pelajar baharu itu diwajibkan mengikuti program Minggu Ta'aruf selama tiga hari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Minggu Ta'aruf itu bertujuan bagi membolehkan pelajar menjalani proses suai kenal, selain memberikan pendedahan berhubung pelbagai perkara berkaitan pembelajaran dan kehidupan di kampus.

''Minggu ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi memperkenalkan pelajar kepada pengurusan, persekitaran dan kemudahan di USIM," ujarnya.

Jelasnya, antara pengisian utama minggu berkenaan ialah Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru bersama Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Katanya, pihak universiti merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang membantu melicinkan proses pendaftaran para pelajar baharu ini ke USIM.

Muhammad Asri terima Anugerah Pelajar Gemilang UTeM

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Muhammad Asri Yaakub (duduk kanan) dan Dr. Izaidin Abdul Majid (tengah) bersama pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Bakti dan Kegemilangan Pelajar 2012 di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 12 Jun - Seorang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang bergiat aktif dalam pelbagai program dan aktiviti dinobatkan sebagai Pelajar Gemilang sempena Majlis Anugerah Bakti dan Kegemilangan Pelajar 2012 di sini baru-baru ini.

Muhammad Asri Yaakub, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi terpilih menerima penghargaan tersebut di atas jasa dan sumbangannya.

Beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Presiden Sekretariat Anak Melaka (SAM), Pengarah Program Konvensyen Keusahawanan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pengarah Gerai Keusahawanan Sukan IPT negeri dan Konvo Fest UTeM di samping penglibatannya dalam program dan aktiviti pelajar anjuran universiti sama ada dalam mahupun di luar negara.

Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM300, hamper, sijil penghargaan serta hadiah iringan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Izaidin Abdul Majid dalam ucapannya berkata, penganjuran anugerah tersebut bagi mengiktiraf sumbangan pelajar yang mencapai kejayaan dan mengharumkan nama universiti tahun lalu.

"Penganugerah ini merupakan inisiatif universiti dalam menghargai bakti yang dicurahkan pelajar serta meraikan kegemilangan mereka terutamanya dalam aktiviti kokurikulum yang telah menaikkan nama UTeM.

"Secara tidak langsung ia terus memberi galakan kepada mahasiswa untuk terus cemerlang dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti," katanya.

Sementara itu, Anugerah Kebudayaan kategori individu dimenangi oleh Muhammad Izuddin Johari, manakala Kelab Penyayang memenangi Anugerah Kemasyarakatan kategori kumpulan dan Anugerah Persatuan Fakulti Terbaik pula dimenangi oleh Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

KAYM sertai Mega Edutainment Carnival - Gempak IPT 2013

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Saroni Judi (dua dari kanan) menerangkan program pengajian penerbangan yang ditawarkan KAYM kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abd. Samad (kanan) semasa Mega Edutainment Carnival - Gempak IPT 2013 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

MELAKA 12 Jun - Dalam usaha memperkenal dan mempromosi bidang yang ditawarkan, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) telah menyertai Mega Edutainment Carnival - Gempak IPT 2013 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, baru-baru ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi berkata, penyertaan KAYM di karnival berkenaan memberikan ruang kepada bakal pelajar mengetahui kursus pilihan yang ditawarkan untuk menyambung pengajian mereka di kolej tersebut.

"Karnival yang juga anjuran KYM STES iaitu anak syarikat KAYM ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar di Johor Bahru untuk memilih bidang pengajian yang mereka minati di lebih sepuluh institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat.

"Program seumpama ini turut memberi pendedahan kepada kumpulan sasaran seperti pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti tempatan mendapat maklumat tepat dan terkini serta program pengajian yang ditawarkan oleh IPT seluruh negara," katanya yang juga penaung Mega Edutaiment Carnival.

Saroni berkata, karnival yang berlangsung selama tiga hari itu turut disertai institusi seperti Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), GiatMara, Maktab Koperasi dan lain-lain yang menerima kunjungan lebih 10,000 orang.

Katanya, penganjuran karnival itu dilihat dapat membantu pelajar terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat perancangan lebih teliti untuk memilih kursus yang sesuai dengan kelayakan dan kerjaya pilihan mereka.

"Sambutan karnival kali ini sangat memberangsangkan kerana lepasan SPM mula mencari kolej yang sesuai sebagai pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Saroni berkata, promosi yang dijalankan melalui program tersebut merupakan satu revolusi baru karnival pendidikan berbentuk hiburan yang utama di negara ini sekali gus membuktikan pameran pendidikan sesuatu yang menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang karnival berkenaan selain pameran produk pendidikan antaranya, cabutan bertuah, pertandingan melukis, persembahan kebudayaan, pertandingan autoshow, demonstrasi air brush dan persembahan artis popular tanah air.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat