{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Keputusan supaya SPR dikawal Jawatankuasa Parlimen bukti BN terbuka

Posted: 02 Jun 2013 02:01 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN

JOHOR BAHRU 2 Jun - Keputusan kerajaan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan sikap keterbukaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia juga salah satu usaha transformasi politik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya percaya rakyat sudah semakin matang dan kita boleh serah banyak perkara kepada rakyat untuk membantu kerajaan dalam memajukan negara," katanya selepas mengadakan lawatan kerja dan 'walkabout' ke Zon Permas, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

1,500 mahasiswa baharu mendaftar di KUIM esok

Posted: 02 Jun 2013 01:22 AM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA 2 Jun - Seramai 1,500 mahasiswa baharu akan mendaftar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bagi sesi Jun 2013/2014 esok.

Pegawai Perhubungan Awam KUIM, Mohd. Sufiean Hassan berkata, kesemua mahasiswa baharu itu akan mula mendaftar bermula pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengah hari.

"Pada hari yang sama, Program Mesra Mahasiswa Baru juga akan dirasmikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pokok pisang berbuah di tengah batang

Posted: 02 Jun 2013 01:00 AM PDT

Oleh AINSAFRE BIDIN

RAMLI Ahmad ditemani isterinya, Rodziah Desa, menunjukkan pokok pisang mengeluarkan setandan buah di bahagian tengah batang di hadapan rumahnya di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak hari ini. - UTUSAN/AINSAFRE BIDIN

TELUK INTAN 2 Jun - Seorang anggota polis, Ramli Ahmad, 49, terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang di hadapan rumahnya mengeluarkan setandan buah di bahagian tengah batang pokok.

"Saya sendiri tidak sedar sehinggalah jiran-jiran beritahu ada sesuatu yang janggal pada pokok pisang di hadapan rumah,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bahagia di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Online mendapati, setandan buah pisang yang unik itu muncul pada bahagian tengah batang pokok tersebut yang mempunyai ketinggian kira-kira dua meter.

Tandan pisang itu mengeluarkan buah kira-kira 30 biji dan di hujung tandan terdapat sebiji jantung sebesar ibu jari. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat