{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Masjid mesra keluarga - Raja Perlis

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Al-Huda sambil diperhatikan oleh Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Khairi Hassan (kiri) di Felda Mata Ayer, Padang Besar, Perlis, malam kelmarin.

PADANG BESAR 1 Jun - Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu semua institusi masjid benar-benar berfungsi bersifat mesra keluarga bagi manfaat umat Islam jangka panjang.

Pada masa yang sama, titah baginda, institusi yang sama juga perlu menjadi mentor agar dapat melahirkan keluarga terpimpin berdasarkan kaedah Islam sejati.

Baginda mahu perkara itu dilaksanakan secara teliti kerana langkah awal yang perlu difikirkan ialah bagaimana untuk memberi keyakinan kepada institusi keluarga agar menjadikan institusi masjid sebagai mentor membentuk keluarga bahagia.

"Ini adalah kerana, apalah gunanya masjid yang tersergam indah, tetapi kosong 'seperti jasad yang tidak bernyawa', ditambah pula dengan jumlah jemaah yang tidak sampai pun satu saf.

"Kini sudah tibalah masanya kita sama-sama memikirkan pengisian terbaik dalam mengimarahkan masjid yang menjadi pusat janakuasa kekuatan umat Islam.

"Persoalan inilah yang perlu kita sama-sama fikirkan bagaimana cara untuk menghidupkan semula peranan masjid agar terus subur dan tidak terkubur," titah Raja Perlis lagi.

Tuanku Syed Sirajuddin mengutarakan perkara itu sewaktu bertitah merasmikan Masjid Al-Huda anjur kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bersempena sambutan hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 pada 17 Mei 2013 di Falda Mata Ayer di sini, malam semalam.

Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berangkat sama.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hassan.

Sehubungan itu, Raja Perlis mahu pendekatan untuk memikat hati belia dan remaja ke masjid difikir secara bersama agar usaha memuliakan masjid bukan hanya terletak kepada generasi lama sahaja.

Tuanku Syed Sirajuddin berkeyakinan tinggi bahawa setiap anak kariah masjid akan terus menjadikan masjid masing-masing supaya berstatus indah dengan kebersihan yang terjaga serta keceriaan landskap yang memikat pandangan.

Baginda juga percaya, institusi masjid di Perlis tidak bermasalah untuk berikhtiar ke arah memainkan peranan bagi memantapkan lagi aktiviti masing-masing dalam membangunkan modal insan dalam masyarakat mereka.

Wanita digalak menjadi ahli Skuad Pengguna

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Rela Ahmad

KANGAR 1 Jun - Golongan wanita di negeri ini digalakkan mendaftar sebagai ahli Skuad Pengguna di kawasan Parlimen masing-masing supaya dapat memperkukuhkan kuasa pengguna apabila berdepan dengan cabaran semasa berkaitan hak kepenggunaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Masyarakat negeri, Rela Ahmad berkata, Skuad Pengguna merupakan saluran terbaik untuk membantu golongan wanita dalam isu-isu pengguna.

"Wanita adalah pengguna terbesar, maka ambillah peluang menyertai skuad ini supaya kuasa sebagai pengguna menjadi lebih kuat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kepenggunaan Bersama Wanita sempena Sambutan Bulan Pengguna 2013 anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dan Gerakan Pengguna Negeri Perlis di sini hari ini.

Lebih 100 wanita dari Skuad Pengguna Parlimen Kangar dan Skuad Pengguna Parlimen Padang Besar menyertai program selama sehari itu.

Sebanyak tiga topik dibincangkan iaitu kuasa pengguna wanita elakkan penipuan gores dan menang, ceramah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan isu semasa kepenggunaan dalam konteks penguatkuasaan.

Rela berkata, wanita juga perlu menjadi pengguna yang bijak bagi memastikan setiap barangan dibeli bukan mengikut kemahuan sebaliknya berdasarkan keperluan.

Katanya, lebih elok jika mereka membuat perbandingan harga barang supaya dapat menjimatkan perbelanjaan.

Beliau berharap dengan maklumat yang diperoleh daripada ceramah yang dianjurkan itu akan dapat membantu wanita dari Skuad Pengguna di negeri ini mendapat ilmu yang berguna sebagai pengguna.

Pemimpin BN jangan mudah puas hati

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Tajudin Abdullah

SIK 1 Jun - Ahli dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak mudah berpuas hati dengan kemenangan parti itu di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah, kemenangan BN termasuk di Sik yang menyaksikan parti itu menyapu bersih kesemua tiga kerusi tidak boleh dijadikan ukuran kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Sementara menunggu PRU-14, satu gandingan yang padu daripada semua pihak perlu dibentuk bermula sekarang agar kemenangan BN terus kekal di Sik," katanya pada majlis kesyukuran BN di pekarangan Pejabat UMNO Sik di sini baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum lalu, BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek manakala merampas kerusi DUN Jeneri dan Parlimen Sik daripada Pas.

Kira-kira 15,000 penduduk hadir pada majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sik, Dr. Mansor Abdul Rahman dan ADUN Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid.

Mohd. Tajudin yang juga Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan negeri berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar bahawa pertelingkahan dalaman parti seperti berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12 boleh membawa kehancuran dan kekalahan.

Justeru beliau berkata, mereka perlu berkerja lebih keras untuk meningkatkan sokongan dan kekuatan parti terutama mendekati golongan muda yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mahadzir pula berkata, kemenangan itu menandakan rakyat telah kembali menyokong BN untuk membolehkan parti itu membantu rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Mansor pula berkata, kejayaan BN adalah atas usaha padu semua pihak dan rakyat yang mahu mandat dikembalikan semula kepada BN bagi mengubah nasib mereka kepada lebih baik di daerah ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat