{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Kurikulum Dini diiktiraf Kurikulum Kebangsaan mulai 2015

Posted:

Kurikulum Dini diiktiraf Kurikulum Kebangsaan mulai 2015

Kurikulum Dini diiktiraf Kurikulum Kebangsaan mulai 2015

02/06/2013 9:59pm

KUANTAN - Kurikulum Dini yang diguna pakai di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan sebagai Kurikulum Kebangsaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin berkata, kurikulum tersebut akan dilaksanakan untuk pelajar tingkatan satu di semua sekolah berkenaan, mulai 2015.

"Pelaksanaan Kurikulum Dini diluluskan berikutan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (CCC) kementerian pada 25 Jun tahun lepas di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan ia akan diselaraskan oleh Jakim dan kementerian.

"Ia dapat dilaksanakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu meluluskan kurikulum itu untuk dilaksanakan di semua SABK, SAN dan SAR," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (Kessuma) 2013 di kompleks SUKPA di sini hari ini. - Bernama

Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan di Tampin - Polis

Posted:

Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan di Tampin - Polis

Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan di Tampin - Polis

02/06/2013 9:52pm

SEREMBAN - Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.

"Dalam Twitter contohnya, kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah 'straight forward case' di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa. - Bernama

Fiesta Makanan Popular Kelantan berjaya tarik lebih 10,000 pengunjung

Posted:

Fiesta Makanan Popular Kelantan berjaya tarik lebih 10,000 pengunjung

Fiesta Makanan Popular Kelantan berjaya tarik lebih 10,000 pengunjung

02/06/2013 9:49pm

KOTA BHARU - Fiesta Makanan Popular Kelantan 2013 yang berakhir semalam berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung sejak diadakan selama sembilan hari bermula 24 Mei lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, fiesta yang diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan, Tunjong itu bukan sahaja menarik pengunjung tempatan tetapi juga dari luar negeri.

"FAMA puas hati dengan sambutan yang sangat baik ini dan bercadang untuk mengadakan beberapa kali lagi fiesta yang sama sepanjang tahun ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd. Ariffin berkata, fiesta yang menelan belanja sebanyak RM160,000 itu mendapat sokongan baik masyarakat apabila kira-kira 2,000 pengunjung hadir pada setiap hari.

Fiesta itu juga telah berjaya meningkatkan pendapatan usahawan dan peladang.

"Program ini akan diadakan pada setiap tahun selepas ini," katanya.

Sejumlah 800 gerai menawarkan pelbagai jenis makanan popular dan tradisional, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga perhiasan sempena fiesta tersebut. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat