Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Polis Sepanyol rampas dadah 3 tan
- Monyet Bieber dipindahkan ke zoo
- Penyerang askar dikenakan dakwaan cubaan membunuh
Polis Sepanyol rampas dadah 3 tan Posted: Polis Sepanyol rampas dadah 3 tan
MADRID – Polis Sepanyol berjaya merampas sebuah bot yang membawa tiga tan dadah jenis kokain di lautan Atlantik dan menahan 21 orang pada Jumaat. "Polis telah menahan sebuah bot nelayan di Lautan Atlantik dan menemui tiga tan bungkusan dadah kokain di dalamnya. Seorang kapten bot warga Korea dan empat anak kapal warga Indonesia ditahan. Sementara 16 orang lagi suspek di tahan di darat pada Khamis," kata polis Sepanyol dalam satu kenyataan. Kenyataan itu turut menyatakan bahawa dadah tersebut ada kaitan dengan sebuah organisasi jenayah dari Venezuela. Operasi yang diberi nama Albatross itu menyaksikan banyak tangkapan dibuat di bahagian barat laut Galicia. Dalam operasi terbabit, polis telah melakukan sepuluh serbuan di pelbagai lokasi serta merampas senjata api, komputer, dokumen dan beberapa buah kenderaan. Sepanyol merupakan pusat kemasukan utama dadah ke Eropah dari Amerika Selatan dan sumber-sumber lain. Pada 6 Mei lalu, polis telah merampas 52 tan dadah jenis hashish di sebuah gudang di Cordoba dan menahan tiga suspek. Pada Mac pula, polis berjaya merampas tiga tan kokain daripada sebuah bot yang datang dari Venezuela. – AFP | ||
Monyet Bieber dipindahkan ke zoo Posted: Monyet Bieber dipindahkan ke zoo
MUNICH – Seekor monyet peliharaan bintang pop remaja, Justin Bieber dipindahkan ke sebuah taman hidupan liar di Jerman selepas penyanyi itu gagal mengemukakan dokumen diperlukan, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. Monyet bernama Mally itu dirampas oleh beberapa kakitangan kastam di sebuah lapangan terbang di sini pada 28 Mac lalu. Mally yang sebelum ini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan haiwan di Munich telah dipindahkan ke Taman Serengeti di Hodenhagen, utara Jerman. Haiwan berusia 23 minggu itu kini menjadi hak milik Jerman selepas penyanyi itu gagal menunjukkan dokumen yang diperlukan untuk membawa haiwan itu memasuki negara berkenaan. Pihak kastam Jerman sebelum ini memberikan tempoh sehingga enam minggu kepada Bieber untuk membuat rayuan berhubung keputusan tersebut. Penyanyi kelahiran Kanada itu menyeludup Mally ke Eropah dengan membawanya di dalam sebuah jet persendirian dari Los Angeles ke Lapangan Terbang Franz Josef Strauss di Munich. – Agensi | ||
Penyerang askar dikenakan dakwaan cubaan membunuh Posted: Penyerang askar dikenakan dakwaan cubaan membunuhIMEJ yang diambil daripada sebuah kamera keselamatan menunjukkan Alexandre Dhaussy berjalan di sebuah pusat beli-belah sebelum menikam seorang askar yang berkawal di kawasan membeli-belah La Defence, Paris, Perancis. -Agensi PARIS – Dua hakim antikeganasan semalam mendakwa seorang mualaf, Alexandre Dhaussy, 22, dengan dakwaan cubaan membunuh selepas dia menikam seorang askar Perancis. Suspek yang baru memeluk Islam itu ditahan pada Rabu lalu selepas menyerang askar tersebut dari belakang di kawasan beli-belah La Defense di sini. Kejadian itu berlaku sehari selepas seorang askar Britain ditikam sampai mati oleh pelampau di London. Satu sumber yang rapat dengan kes itu berkata, Dhaussy muncul di sebuah mahkamah di Paris dan didakwa oleh dua hakim iaitu Thierry Fragnoli dan Gilbert Thiel. Menurut sumber tersebut, Dhaussy yang menyimpan jambang dan memakai jubah sejak beberapa tahun lalu kerap mengungkap perkataan Allah semasa ditahan. Dhaussy mengaku menyerang Prebet Kelas Pertama, Cedric Cordiez selepas dia ditahan. Rakaman video dari sebuah pusat beli-belah menunjukkan Dhaussy membeli dua bilah pisau sejam sebelum melakukan serangan pada hujung minggu lalu. – AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |