{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Mangsa runtuhan Jambatan Kedua selamat dikebumi

Posted: 08 Jun 2013 03:26 AM PDT

BALU Allahyarham Tajudin Zainal Abidin, Shariffah Ramli (kiri) menyiramkan air ke pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam 39, Bukit Merah, Bagan Serai, Perak hari ini. - UTUSAN/MALEK ASLIE

BAGAN SERAI 8 Jun - Mangsa tragedi runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang kelmarin selamat dikebumikan di kampung isterinya di sini awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Tajudin Zainal Abidin, 45, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 38, Jalan Keretapi, Alor Pongsu di sini, kira-kira pukul 3 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Shariffah Ramli, 40, serta dua anak perempuan iaitu Nur Aina Syazwani, 11, dan Nur Ain Maisara, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.

Shariffah yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Pulau Pinang ketika ditemui berkata, walaupun sedih dengan kejadian itu, dia reda dengan pemergian suami tercinta.

"Cuma, saya terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah pada pagi Khamis lalu sebelum dia keluar atas urusan kerja di Pulau Pinang kerana saya terpaksa keluar awal pagi untuk ke tempat kerja," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kaji cadangan wujudkan talian khas baharu - Najib

Posted: 07 Jun 2013 09:59 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji cadangan agar satu talian khas baru yang menghubung terus Bukit Aman diwujudkan dalam usaha kerajaan memerangi jenayah.

Menurut Najib, talian kecemasan 999 ketika ini yang dikendalikan operator kecemasan dilihat ada kekangan dalam aspek kritikal iaitu masa apatah lagi jika ia membabitkan kejadian jenayah yang memerlukan pihak polis segera bertindak.

"Talian kecemasan sekarang memerlukan operator bertanggungjawab mentafsir aduan itu perlu disalurkan kepada cabang keselamatan seperti polis, bomba atau hospital.

"Keadaan ini menyebabkan kita kehilangan masa kritikal yang cukup berharga walaupun beberapa minit dan ia lebih kritikal jika membabitkan kejadian jenayah," katanya. - UTUSAN ONLINE

PM seru pusat beli belah, swasta bantu perangi jenayah

Posted: 07 Jun 2013 09:57 PM PDT

NAJIB Tun Razak (tengah) berkata sesuatu yang melucukan sehingga mengundang tawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi (dua kiri) sewaktu pelancaran sambutan Hari Bersatu Menentang Jenayah di Esplanade @ KLCC, di Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala (dua kanan). - UTUSAN

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pengurusan pusat beli belah dan pihak swasta agar tidak hanya memikirkan soal keuntungan, sebaliknya perlu bekerjsama dengan kerajaan untuk memerangi jenayah.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkenaan mengeluarkan sedikit kos untuk menambah jumlah pengawal keselamatan dan memasang kamera litar tertutup di premis masing-masing kerana adalah mustahil untuk polis mengawal setiap inci kawasan di negara ini pada setiap masa. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat