Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 11 Jun 2013 06:06 AM PDT Oleh MERAN ABU BAKAR Maizatul menyapu campuran lilin dan plastik panas pada betis. BAGI sesetengah wanita, bulu roma yang panjang menimbulkan rasa malu dan tidak selesa, lebih-lebih lagi pada bahagian yang nampak nyata seperti pada betis, tangan, atas bibir atau muka. Malah adakalanya mereka menjadi bahan gurauan atau ejekan teman-teman. Ada yang mengambil jalan mudah dengan mencukur sendiri. Namun mencukur sendiri belum dapat membuang keseluruhan bulu roma tersebut kerana terdapat banyak masalah yang mungkin timbul. Antaranya ialah bulu roma akan tumbuh semula dalam masa singkat, kulit terasa gatal, kulit kemungkinan terluka, bulu roma yang tumbuh selepas itu mungkin akan bertambah tebal atau kasar dan sebagainya. Salah satu kaedah membuang bulu roma ialah dengan cara waxing atau menanggalkan bulu roma menggunakan lilin. Khidmat tersebut juga antara yang ditawarkan di De Sauna Beaute Spa, yang bukan sahaja dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu badan malah boleh dibuat pada keseluruhan badan. Menurut pemiliknya, Maizatul Ahmad, selain kaki, tangan, badan dan muka, dia turut melakukan rawatan tersebut untuk keseluruhan badan yang mengambil masa lebih dua jam. "Bahan-bahan yang digunakan ialah lilin khas yang bercampur plastik yang kemudian dipanaskan sehingga cair dan disapu pada kulit. "Cecair lilin ini akan berubah menjadi keras seperti plaster dan akan ditarik dengan pantas bagi mengelakkan daripada rasa sakit. Bulu roma akan tertanggal dan melekat pada plaster tersebut. "Bagi bahagian betis yang tidak banyak bulu, rawatan akan mengambil masa selama 10 minit sahaja dan jika banyak, 40 minit," kata Maizatul yang ditemui di spa beliau baru-baru ini. Tambahnya lagi, selepas itu, bahagian yang dirawat akan disapu dengan minyak jasmin dan losen bagi mengelakkan alahan, gatal atau kemerahan. Kulit akan nampak licin dan berkilat. Maizatul berkata, selepas sebulan barulah bulu roma baru akan tumbuh semula. Bagi hasil yang berterusan, sebaik-baiknya lakukan rawatan ini sebulan sekali. Dia mengenakan bayaran antara RM10 bagi bahagian yang kecil sehingga RM400 bagi keseluruhan badan. "Selain itu, spa ini turut melakukan rawatan Brazilian waxing untuk bakal pengantin serta waxing badan untuk ahli bina badan,'' jelas Maizatul lagi. De Sauna Beaute Spa turut menyediakan perkhidmatan lain seperti rawatan badan, muka, lulur, urutan dan pakej yang diberi nama Royal Barli, De Sauna dan Anggun. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |