Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Khidmat bas perlu dinaik taraf Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT Oleh FARIK SALLEH KEADAAN sebuah bas yang tersadai berikutan tayar belakangnya tercabut semasa perjalanan dari Kota Tinggi ke Tanjung Sedili, baru-baru ini. KOTA TINGGI 18 Jun - Penduduk sekitar Kampung Tanjung Sedili di sini meminta pihak berkuasa berkaitan, khususnya kerajaan bertindak segera meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti-henti Kota Tinggi-Tanjung Sedili bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. Selain perjalanan yang sering terganggu berikutan keadaan fizikal bas uzur dan mengalami kerosakan, perjalanan tidak mengikut waktu ditetapkan sehingga menyukarkan urusan seharian. Seorang penduduk, Abd. Kamal Abd. Rahman, 48, berkata, sudah tiba masanya mutu perkhidmatan bas henti-henti dinaik taraf kerana selain untuk kemudahan penduduk, penting untuk memberi imej baik dalam kalangan pelancong. "Sebagai contoh, baru-baru ini tayar belakang sebelah kanan bas tercabut semasa dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Tanjung Sedili. Mujur tayar tersebut tidak terkena sesiapa dan penumpang ketika itu semuanya selamat. "Namun begitu sehingga semalam, bas tersebut masih tersadai di atas jalan raya berhampiran Kampung Singapura dekat sini. Selain itu, faktor keselamatan juga penting kepada penumpang dan pemandu perlu bersikap profesional," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Bagi Hashim Muhammad, 47, sudah tiba masanya syarikat pengangkutan awam berkenaan menggantikan bas-bas lama mereka dengan kenderaan baharu, malah masalah ini sudah dibangkitkan sejak 10 tahun lalu. Beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Syed Jaafar Albar (SMKTSSJA) berkata, pihak berkuasa diminta mengadakan perbincangan dengan pengusaha bas tentang perkara tersebut. "Kita sedar syarikat bas terpaksa menanggung kos tinggi apabila membeli bas baharu, namun mungkin ada cara penyelesaiannya. Kerajaan mungkin boleh bantu atau serahkan kepada syarikat pengangkutan lain yang lebih bersedia," katanya lagi. Umar Uyub, 47, turut menyambut baik sekiranya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat meninjau mutu dan tahap kepuasan pengguna pengangkutan awam di kawasan ini yang tidak banyak berubah sejak sekian lama. "Sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian kepada hal ini kerana bas awam tidak harus dilihat sebagai pengangkutan untuk rakyat bawahan atau orang luar bandar. "Saya percaya kerajaan kini serius untuk memperbaiki mutu dan tahap kepuasan pengguna pengangkutan rakyat," katanya. |
50 sekolah agama baharu siap tahun ini Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT Ghazali Zaid dan Ramna Isnin dianugerahkan Tokoh Guru Agama Johor di Kulaijaya, semalam. KULAIJAYA 18 Jun - Sebanyak 50 daripada 96 sekolah agama baharu mampu disiapkan di negeri ini pada hujung tahun ini bagi menampung kira-kira 40,000 murid tahun satu hingga enam serta pelajar Darjah Khas. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, dengan siapnya sekolah tersebut, dijangka kadar kesesakan kelas agama sehingga menyebabkan terpaksa menumpang di bangunan sekolah kebangsaan dapat dikurangkan. Beliau berkata, pada masa ini terdapat kelas sekolah agama terpaksa menumpang di 180 sekolah kebangsaan bagi menampung kira-kira 192,000 murid dan 5,000 kanak-kanak tadika agama. "Jadi, kami yakin dengan usaha proaktif kerajaan negeri khususnya Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor, menjelang tahun 2015, isu kekurangan kelas dan sekolah agama dapat diatasi secara menyeluruh. "Maknanya ketika itu, kita tidak perlu lagi menumpang di sekolah kebangsaan dan sekolah yang kita bina juga membolehkan pelajar dapat mengikuti sistem pengajaran dan pembelajaran dengan selesa kerana dihadkan pada jumlah yang ideal," katanya selepas mewakili Menteri Besar merasmikan Sambutan Hari Guru Agama peringkat negeri di Dewan Bandar Putera di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam negeri, Sulaiman Dumang. Dalam majlis itu, Abd. Mutalip menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Sekolah Menengah Agama kepada Ramna Isnin, 64, manakala Anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama diberikan kepada Ghazali Zaid @ Jait, 65. Beliau berkata, pihaknya juga akan memastikan semua isu berkaitan sekolah agama termasuk sukatan pelajaran, tangga gaji guru, kebajikan guru dan pelajar diberi perhatian dengan melakukan penambahbaikan sewajarnya. Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam teks ucapan yang dibacakan Abd. Mutalip berkata, tanggungjawab guru bukan sekadar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang terbatas pada sukatan pelajaran semata-mata. Sebaliknya, golongan pendidik agama menjadi mekanisme pembentukan masyarakat Islam yang diyakini kebenaran dan keberkesanannya. Namun apa yang perlu dinilai semula ialah cara pelaksanaan iaitu sama ada memenuhi keperluan semasa atau tidak terhadap para pelajar sekarang. "Dalam hal ini saya yakin guru-guru mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang bijak untuk berdepan dengan para pelajar yang begitu advance dengan menggunakan pendekatan yang kreatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |