{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Terharu terima bantuan kerusi roda

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

Azalina Othman Said (depan, kanan) beramah mesra dengan Rubiah Abd. Wahab selepas menyampaikan kerusi roda dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Jaring Nelayan di Pengkalan Nelayan Kampung Punggai, Kota Tinggi, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 1 Jun - Selepas lebih setahun mengalami kesukaran berdiri dan berjalan kerana diserang penyakit angin ahmar, kerusi roda yang diterimanya baru-baru ini menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup warga emas, Rubiah Abd. Wahab, 65.

Ibu kepada tiga anak yang kesemuanya sudah dewasa bersyukur kerana sumbangan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said memberi sinar baharu dalam kehidupannya.

"Saya bersyukur kerana kerusi roda ini memudahkan saya bergerak. Sebelum ini, saya terpaksa bergantung kepada tongkat yang dibeli anak saya," katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Jaring Nelayan di Pengkalan Nelayan Kampung Punggai, di sini baru-baru ini.

Majlis itu turut menyaksikan Azalina menyampaikan bantuan berbentuk jaring udang yang menjadi keperluan kepada 60 nelayan di sini.

Rubiah yang kematian suami empat tahun lalu kini tinggal bersama anak bongsunya, Rohana Karno, 30-an, bersama dua cucunya manakala anak-anaknya yang lain tinggal di rumah masing-masing.

Menurutnya, Rohana yang juga merupakan ibu tunggal bekerja sebagai pembantu di sebuah hotel di Sungai Rengit dengan pendapatan yang diperoleh sekadar mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Katanya, walaupun dia menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun bantuan itu hanya mampu menampung kos ubat-ubatan.

"Saya pernah memohon bantuan kerusi roda tahun lalu melalui pemimpin masyarakat di kawasan saya tetapi tidak berjaya sehinggalah anak saudara saya memohon terus kepada Azalina," katanya.

Tetap longgok sampah walaupun dibekal RORO

Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT

Sebuah tong sampah besar disediakan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah di Kampung Sri Mahkota, Pontian, Johor, baru-baru ini.

PONTIAN 1 Jun - Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan tidak membuang sampah di kawasan tidak dibenarkan bagi memastikan kawasan persekitaran bersih daripada pencemaran.

Pegawai Penguat Kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Pontian, Muhamad Rozai Rafiq Mohd. Rohani berkata, masih ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab kerana melonggokkan sampah di tepi jalan walaupun tong sampah besar telah disediakan.

"Hasil kerjasama Majlis Daerah Pontian (MDP) dan Southern Waste Management (SWM), isu longgokan sampah di tepi bahu jalan di Pontian Besar berjaya diatasi dan kita meletakkan satu tong RORO (Roll On Roll Off) di Kampung Sri Mahkota bagi membolehkan penduduk membuang sampah mereka di situ.

"Kami memahami keperluan penduduk dengan meminta kontraktor pemungut sampah menyediakan sebuah tong sampah besar bagi keperluan mereka, namun kami masih menerima aduan sampah di hadapan Lorong Kassim, Parit Semerah," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Muhamad Rozai, masalah tersebut memaksa kontraktor pembersihan mengutip sampah setiap hari bagi mengelakkan menjadi sasaran monyet dan anjing liar.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan sebanyak 6,700 tong sampah diedarkan ke kawasan kediaman di bawah seliaan MDP selain 20,000 unit lagi untuk premis perniagaan sejak Mac lalu.

Katanya, SWM berharap pemberian tong sampah beroda dapat mengurangkan longgokan sampah yang boleh menjejaskan keindahan sesebuah kawasan serta menjejaskan kesihatan penduduk.

Tambahnya, syarikat itu juga akan mempertimbangkan permohonan orang ramai bagi mendapatkan tong RORO supaya tiada lagi isu pembuangan sampah di tempat tidak sepatutnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat