Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
AS ingin kurangkan penggunaan senjata nuklear Posted: 19 Jun 2013 11:29 AM PDT BERLIN 20 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bercadang untuk mengurangkan penggunaan senjata nuklear sehingga satu per tiga, selain mengadakan perbincangan dengan Rusia berhubung cadangan itu. "Selepas membuat pemerhatian secara komprehensif, saya yakin AS dan sekutunya mampu mengekalkan keselamatan, termasuk sistem pertahanan yang kukuh dan strategik. "Saya juga bercadang untuk mengadakan rundingan dengan Rusia berhubung perkara itu," katanya ketika berucap dalam satu majlis, di sini semalam. Rusia, bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Obama itu dengan menyatakan alasan bahawa ia boleh mencetuskan pelbagai kesukaran dan halangan. - REUTERS |
22 maut akibat tanah runtuh, banjir di Nepal Posted: 19 Jun 2013 11:28 AM PDT KATHMANDU 20 Jun - Sekurang-kurangnya 22 orang maut akibat tanah runtuh dan banjir kilat yang disebabkan hujan monsun di beberapa bahagian di Nepal, semalam. Jurucakap Kementerian Hal Ehwal, Shankar Koirala berkata, seramai 18 orang turut dilaporkan hilang akibat bencana alam tersebut. "Lebih 100 kediaman dilaporkan musnah, terutamanya di bahagian barat Nepal dan kerajaan akan menghulurkan bantuan kecemasan kepada semua penduduk yang terjejas. "Setiap keluarga yang terjejas akan diberi wang tunai sebanyak AS$425 (RM1,317), selain bekalan asas seperti ubat-ubatan dan makanan," katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |