Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Kabinet Kuwait luluskan dekri tetapkan tarikh pilihanraya Posted: 20 Jun 2013 10:46 AM PDT KUWAIT CITY 21 Jun - Kabinet Kuwait semalam meluluskan satu dekri bagi menetapkan pilihan raya Parlimen negara ini diadakan pada 25 Julai depan selepas mahkamah perlembagaan membatalkan Parlimen sedia ada dan mengekalkan undang-undang pilihan raya kontroversi. "Kabinet pada satu sesi luar biasa meluluskan draf dekri menetapkan 25 Julai sebagai tarikh pilihan raya Parlimen," kata Menteri Dalam Negeri bagi Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammad Abdullah al-Sabah kepada agensi berita KUNA. Perintah kemudiannya akan dikeluarkan oleh Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah. - AFP |
Tentera India teruskan usaha menyelamat Posted: 20 Jun 2013 10:44 AM PDT DEHRADUN, India 21 Jun - Tentera India semalam bergelut untuk menghampiri kampung-kampung dan bandar yang terpisah akibat banjir kilat dan tanah runtuh di utara negara ini ketika pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya 1,000 penduduk dikhuatiri terkorban akibat kejadian itu. Kira-kira 10,000 anggota tentera dengan bantuan helikopter telah dikerahkan bagi membantu menyelamatkan pelancong dan penganut Hindu yang terperangkap selepas banjir yang disebabkan hujan lebat monsun melanda negeri Uttarakhand di Himalaya, hujung minggu lalu. Lebih daripada 33,100 orang telah diselamatkan setakat ini ketika tentera mengambil kesempatan cuaca baik, namun 50,400 penduduk masih terkandas, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |