Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 23 Jun 2013 09:04 PM PDT Oleh NOOR DIANA AZIS Fungsi QSlide membolehkan pengguna membuka pelbagai aplikasi dalam masa yang sama di mod skrin. BERIKUTAN kejayaan pada Kongres Mobil Dunia yang lalu, LG memperkenalkan satu lagi peranti terbaharu iaitu Optimus F5 yang merupakan ahli keluarga baharu dari kalangan siri Optimus F. Rangkaian Optimus F merupakan satu lagi telefon pintar Android yang menyediakan kelajuan 4G evolusi jangka panjang (LTE) terbaik tanpa kos tinggi selain menampilkan teknologi LTE dalam meningkatkan pengalaman pengguna pada harga kompetitif. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif LG Electronics Mobile Communications, Dr. Jong-seok Park, peranti terbaru itu diilhamkan bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini selain menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. "LG konsisten menyediakan satu standard untuk industri teknologi di samping turut menawarkan kelajuan 4G LTE menerusi telefon bimbit pintar premium. "Dengan Optimus F5, kami yakin mampu menembusi pasaran antarabangsa sekali gus menaik taraf keperluan pengguna telefon bimbit pintar menerusi ciri-ciri unik yang terdpat pada peranti ini," katanya. Dijana oleh pemproses Qualcomm Dual-Core 1.2 gigaherz, Optimus F5 turut dikuasakan oleh sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 selain mempunya fungsi QSlide yang membolehkan pengguna membuka pelbagai aplikasi dalam masa yang sama di mod skrin. Secara langsung fungsi zooming membenarkan pengguna zum pada video bagi membolehkan mereka menyaksikan sesuatu dengan lebih rapat dan terperinci pada mana-mana kawasan khusus. QuickMemo pula membolehkan pengguna menulis secara terus pada lapisan imej skrin yang ditangkap manakala QuickMemo pula membenarkan mereka berkongsi catatan dengan rakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel ataupun media sosial. Bagi mereka yang gemar mengembara, QTranslator menjadi teman perjalanan dengan fungsi menterjemahkan perkataan, frasa dan keseluruhan ayat secara automatik untuk lebih daripada 40 bahasa. Maklumat lanjut mengenai Optimus F5, layari laman web www.LGnewsroom.com. |
Posted: 23 Jun 2013 09:04 PM PDT Kemas bergaya... Set teater rumah LG amat sesuai dengan kehidupan masa kini yang mana ruang kediaman yang semakin terhad. Berbekalkan sistem siaran 9.1, set teater rumah LG Electronics (LG) baharu kembali dengan tawaran teknologi Cinema Sound. Dikenali sebagai BH9530TW, set teater rumah itu menawarkan kelebihan kualiti bunyi premium menyerupai teater pawagam. Malah, LG juga turut memperkenalkan bar bunyi (sound bar) NB4530A paling nipis yang mana amat sesuai digayakan bersama televisyen pintar bersaiz besar. Menurut Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn. Bhd., HK Kwon, fokus kepada pembangunan produk baharu tersebut adalah berdasarkan keperluan serta permintaan pengguna produk LG. "LG telah bertahun-tahun menjalankan kajian serta pembangunan berdasarkan pengalaman pengguna dan menerusinya kami mampu menghasilkan sesuatu produk dan teknologi yang dekat dengan pengguna. "Malah, dengan sistem set teater rumah baharu kami, pengguna akan merasai pengalaman seolah-olah berada di panggung wayang, biarpun hanya berada di ruang tamu" katanya. Sistem bunyi berbentuk bar memberikan kesan bunyi khas yang tidak terdapat pada televisyen biasa. LG juga turut komited dalam menawarkan produk audio yang inovatif namun tidak meninggalkan gaya serta prestasinya. BH9530TW juga merupakan gabungan beberapa teknologi bagi memastikan kesan bunyi yang menyeluruh dirasai oleh pengguna. Didatangkan bersama sistem pembesar suara rangkaian 9.1 dengan kadar bunyi 1,460W pasti memberikan kesan bunyi ibarat dalam panggung wayang. Kesan bunyi menyeluruh tersebut hasil tambahan empat pembesar pelbagai arah kepada sistem set teater rumah rangkaian 5.1. Ke empat-empat pembesar suara berfungsi seperti pembesar suara yang ditempatkan di siling panggung wayang di mana bunyi menyeluruh diperoleh. Pembesar suara di bahagian belakang pula direka tanpa wayar menjadikan ruang tamu tidak berserabut dengan wayar yang menjalar. Sistem teater rumah LG BH9530TW juga menawarkan pilihan sambungan pelbagai antaranya adalah menerusi Miracast berdekatan dengan NFC (Near Field Communication). Miracast membolehkan pengguna menyambungkan set teater rumah tersebut dengan gajet pintar pilihan seperti telefon pintar, tablet dan juga mana-mana peranti binaan luar. BH9530TW juga menawarkan kelebihan aplikasi tontonan lewat malam, mod Private Sound yang mana membolehkan pengguna memuatkan sistem yang sama pada telefon pintar bagi mengelakkan gangguan terhadap ahli keluarga yang sedang nyenyak tidur. Berbanding pesaingnya yang sering menggunakan peranti Bluetooth yang mahal bagi merasai aplikasi sama, LG sebaliknya menawarkan aplikasi WiFi untuk menggunakan mod Private Sound. Manakala NB4530A, bar bunyi LG juga boleh dipasang mengikut kehendak serta gaya pengguna. Peranti tersebut boleh digayakan dengan melekatkannya pada dinding, berdiri sendiri ataupun diletakkan berhampiran dengan televisyen. Dengan itu pengguna boleh menentukan sendiri aturan ruangan hiburan mereka di rumah yang mana lebih fleksibel dan kemas dalam ruangan yang terhad. Untuk maklumat lanjut layari laman web LG di www.lg.com.my |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |