Utusan Online - Pahang
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pahang |
- Semarakkan perpaduan, ukhuwah
- Semangat Alisa di Cafe De Kuala
- Kerajaan tingkatkan taraf hidup penduduk Lipis
Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT Oleh SALEHUDIN MAT RASAD ISMAIL Abdul Muttalib (tiga dari kanan) mendengar masalah rakyat sempena majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional dalam PRU-13 di Kampung Sungai Ling, Paya Pasir, Maran, Pahang, baru-baru ini. MARAN 3 Jun - Usaha meningkatkan perpaduan perlu disemarakkan dan diperkukuhkan supaya keakraban antara rakyat pelbagai kaum akan lebih mantap serta sukar digugat pihak yang tidak bertanggungjawab. Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, memperkasakan perpaduan dan ikatan ukhuwah penting kerana ia dapat menjamin kesinambungan kemajuan serta kemakmuran negara. "Keakraban rakyat pelbagai kaum sangat istimewa bagi negara ini yang dijadikan model dan diiktiraf oleh negara luar berikutan kejayaan menjuarai keamanan serta kemakmuran," katanya ketika berucap dalam majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) di kediamannya di Kampung Sungai Ling, Paya Pasir di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Luit, Nor Hidayah Mohd. Shahaimi dan ADUN Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail. Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, perpaduan kaum harus bergerak bagaikan aur dengan tebing kerana ia satu tenaga yang membawa kepada pencapaian matlamat Wawasan 2020. Tambahnya, keakraban pelbagai kaum merupakan elemen paling baik bagi memastikan agenda pembangunan dirancang dalam Bajet 2013 dijayakan dengan sempurna. Jelasnya, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui program kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam aktiviti dijalankan. Jelasnya, pendekatan itu dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain sekali gus menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri. "Aktiviti memperteguhkan jalinan kemesraan perlu dilakukan secara berterusan seperti aktiviti gotong-royong, sambutan perayaan dan undangan ke majlis perkahwinan supaya wujud perpaduan secara maksimum," ujarnya. |
Semangat Alisa di Cafe De Kuala Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT NOR Alisa Azam (dua dari kiri) melayani Najib Tun Razak dan tetamu kenamaan lain ketika menjamu selera selepas perasmian premis itu di Kuala Pahang, Pekan, Pahang, baru-baru ini. Turut kelihatan, Mohd. Shafie Apdal (kiri). PEKAN 3 Jun - 'Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalannya'. Begitulah ungkapan yang boleh diterjemahkan terhadap seorang peserta latihan usahawan program Empower Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kuala Pahang di sini, Nor Alisa Azam, 28. Nor Alisa yang mengikuti program Empower Mahkota Kuala Pahang berjaya membuka kafe dikenali sebagai Cafe De Kuala yang terletak di dalam Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang. Katanya, sebelum membuka kafe tersebut dia terlebih dahulu mengikuti kursus keusahawanan Masakan 1Malaysia pada Julai tahun lalu. "Pembukaan kafe ini amat bermakna kerana saya merupakan usahawan wanita tempatan yang merintis perniagaan hasil kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari menerusi Empower," katanya di sini baru-baru ini. Pada pelancaran RTC Kuala Pahang Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ketinggalan mengunjungi kedai Nor Alisa sambil menikmati hidangan yang dijual di situ. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Menurut Nor Alisa, kafe tersebut menawarkan pelbagai jenis makanan dengan harga berpatutan kepada para pelanggannya terdiri daripada kalangan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan penduduk tempatan sekitar Kuala Pahang. Katanya, perniagaan itu dijangka menjana perolehan antara RM400 dan RM500 sehari dan bulanan sebanyak RM10,000. "Pada mulanya saya tidak yakin menceburi bidang ini, tetapi setelah disuntik semangat dan panduan oleh rakan dan tenaga pengajar Empower, baharulah kekuatan serta semangat untuk meneruskannya. "Saya berharap dalam kalangan belia dan suri rumahtangga perlu menceburi bidang ini dengan menjalani pelbagai kursus anjuran ECERDC yang boleh menambah pendapatan," ujarnya. |
Kerajaan tingkatkan taraf hidup penduduk Lipis Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT KUALA LIPIS 3 Jun - Daerah ini bakal mengalami proses pembangunan lebih rancak sekali gus matlamat kerajaan negeri meningkat taraf hidup dan kesejahteraan penduduk di sini akan tercapai menjelang 2020. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, proses pembangunan infrastruktur yang pesat selain jalinan jalan raya lebih tersusun, hab perniagaan, pendidikan dan peluang keusahawanan sedang dibangunkan bagi menjana modal insan, sosial dan ekonomi penduduk setempat. Menurutnya, kerajaan juga akan memberi tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka dan Benta khususnya membabitkan kemudahan asas di kampung tradisional bagi merancakkan sektor pertanian dan pelancongan. "Kita amat peka dengan masalah dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan iaitu kemudahan jalan yang kerap rosak dan bekalan air bersih di Cheka serta Benta antara pembangunan diberi tumpuan mulai sekarang. "Saya akan membawa perkara ini ke peringkat kementerian terbabit untuk menerima peruntukan bagi penyelenggaraan supaya isu ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran Barisan Nasional (BN) di Kampung Mela, dekat sini kelmarin. Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Abu Jimi Samat dan Ketua Cawangan UMNO Mela, Ilias Saaid. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |