Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
SYM perkenal model baharu skuter EVO 250i Posted: 14 Jun 2013 11:14 AM PDT Fabian Ong Ghee Seong (dua dari kiri) bergambar bersama pengurusan dan peminat motosikal ketika melancarkan Evo 250i di Permatang Pauh, semalam. PERMATANG PAUH 14 Jun - Syarikat pengeluar motosikal jenama Sanyang Motor (SYM) di negara ini, MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak 50,000 buah motosikal keluarannya untuk tahun ini. Ketua Pegawai Operasinya, Fabian Ong Ghee Seong berkata, ia termasuk sasaran untuk menjual 360 unit skuter terbaharu keluaran syarikat itu iaitu EVO 250i yang dilancarkan hari ini. Menurutnya, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, pihaknya berjaya menjual 21,775 unit motosikal SYM pelbagai model dan ia meningkat 181 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. "Sehingga kini motosikal SYM telah telah menguasai lapan peratus pasaran motosikal di seluruh negara dengan pasaran terbesar adalah dari model moped seperti Joyride 110, Bonus110 SR dan E-Bonus110. "Sejak diperkenalkan empat tahun lalu, jualan motosikal SYM telah berkembang 2,074 peratus iaitu 1,655 unit pada 2009 dan meningkat kepada 34,322 unit pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan motosikal terbaru itu di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di Seberang Jaya di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan MFORCE Bike Holdings, Leo Tan Leah Heah dan Pengarah Urusan Malaysian Formula Bikes Sdn. Bhd., Arifuddin Mohamed Shah. Tambah Fabian, model baharu EVO 250i tersebut dijangka mampu menarik minat pembeli berikutan harganya yang kompetitif, selain ciri-ciri istimewa yang dimiliki berbanding jenama lain. Jelasnya, model baharu itu didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam metalik, kelabu metalik yang dijual pada harga RM17,750 serta putih mutiara untuk edisi istimewa pada harga RM18,250. "Model baharu ini juga lebih sporty dan mempunyai reka bentuk ergonomik serta dilengkapi dengan ciri-ciri dan spesifikasi seperti lampu hadapan auto sensor dan lampu kabus cahaya. "Selain itu motosikal ini juga dilengkapi penyaman udara panas, USB adaptor dan ruang penyimpanan yang luas iaitu sebanyak 45 liter," ujarnya. Kata Fabian, dengan pengenalan model baharu bagi menggantikan model 250cc sedia ada itu, para pengedar SYM dijangka dapat meningkatkan jualan mereka. Tambah beliau, SYM juga bercadang memperkenalkan satu lagi model moped terbaru yang dilengkapi dengan ciri-ciri moden bagi menyaingi pasaran model itu pada penghujung Ogos ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |