{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pemotoran


Nilai tambah Hyundai Sonata berwajah baharu

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Oleh NORILA DAUD
ekonomi@utusan.com.my

MEMANDU uji Hyundai Sonata 2.0L , varian Executive Plus, Sport yang melalui beberapa pengubahsuaian wajah (facelift) memang menyeronokkan.

Bukan sahaja daya pecutannya mengagumkan malah keselesaan ketika memandunya amat dirasai walaupun dalam keadaan jalan yang sesak.

Dengan enjin berkapasiti 2 liter (1,999cc) keselesaan, keempukan dan mutu keselamatan Sonata varian sport ini dapat dinikmati walaupun dengan kelajuan 100 kilometer (km) hingga 120 kilometer sejam (km/jam) di sekitar bandar yang sibuk manakala dengan kelajuan 140 km/jam di lebuh raya yang lurus dengan daya pecutan yang amat memuaskan.

Sementara enjin jenis Nu2.0 ini mampu mengeluarkan kuasa maksimum 162 ps (120kW)@6500rpm) manakala kilasan tenaga maksimum 19.8kgm (198Nm)@4800rpm).

Memandu laju Sonata amat meyakinkan berikutan ciri-ciri keselamatan yang terdapat padanya antaranya, dua beg udara, sistem antibrek (ABS) dan penyebaran kuasa brek elektronik (EBD).

Ruang tempat duduk yang luas untuk pemandu dan penumpang khusus di bahagian belakang merupakan antara nilai tambah yang terdapat pada sedan mewah berharga RM149,403.30 di atas jalan.

Dilengkapi transmisi automatik enam kelajuan dengan 'shiftronic', kereta ini amat mewah daripada segi saiznya dengan kelebaran 1,587mm, tinggi 1,470mm dan 4,820mm panjang.

Ruang dalam yang luas dan menarik.

Tempat duduk yang selesa, reka bentuk menarik serta teknologi canggih yang diguna pakai merupakan antara ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Sonata berwajah baharu ini. Sementara itu, reka bentuknya yang elegan dan kontemporari membuat orang berpaling kepadanya dan seterusnya ingin memilikinya.

Di bahagian luar, Hyundai Sonata 2.0L melalui penambahbaikan dengan gril di bahagian depan diubah suai bagi menambah tarikan. Lampu bahagian belakang dengan iluminasi LED yang menjimatkan tenaga berserta sepasang lampu kabus di bahagian hadapan adalah antara yang dinaiktaraf.

Sementara di sebelah dalamnya, terdapat perubahan pada konsol di bahagian tengah. Butang kawalan ditukarkan ke bahagian lain untuk keselesaan pemandu sementara lampu LED biru di bahagian belakang membantu untuk penglihatan yang lebih jelas.

Kedua-dua varian 2.0L dan 2.4L juga menggunakan kaedah pertukaran gear berperingkat-peringkat yang ringkas dan lebih selamat.

Sonata berwajah baharu turut dilengkapi Perakam Video Kotak Hitam Lukas (Lukas Blackbox Video Recorder) yang merakamkan keadaan pada masa sebenar di bahagian depan pada keadaan-keadaan tertentu ketika kereta sedang bergerak. Dalam kejadian kemalangan umpamanya, rakaman itu boleh dikemukakan sebagai bukti.

Penambahbaikan juga dilakukan kepada mutu pengendalian Sonata dan penjimatan tenaga menerusi enjin empat silinder Nu 2.0 yang terdapat pada varian 2.0L. Blok aluminium enjin Nu dan rupa bentuk kepalanya adalah 30 peratus lebih ringan, sekali gus mengurangkan berat keseluruhan enjin kepada lebih 33.6 kilogram dan dalam masa yang sama mengekalkan kemampuannya.

Enjin empat silinder yang dilengkapkan pada kereta ini turut mempunyai reka bentuk 'offset' aci engkol yang mengurangkan geseran antara omboh dan di dinding silinder untuk penambaikan sebanyak satu peratus penjimatan tenaga.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat