{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


Pelajar MRSM buka kapsul 15 tahun

Posted: 22 Jun 2013 09:44 AM PDT

BEKAS pelajar MRSM Balik Pulau menunjukkan kapsul yang ditanam pada 1998 dan dikeluarkan semula oleh mereka sempena Sambutan Hari Guru dan Pekerja MRSM Balik Pulau di Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU 22 Jun - Lima belas tahun lalu, kira-kira 450 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau memasukkan pelbagai memorabilia ke dalam satu kapsul bagi mengabadikan kenangan sepanjang menuntut di sekolah itu selama lima tahun.

Hari ini, mereka kembali ke sekolah berkenaan untuk membuka kapsul yang ditanam di dinding bangunan berhampiran ruang legar pada 3 Julai 1998.

Satu majlis khas diadakan bagi membuka kapsul masa tersebut yang disempurnakan oleh bekas pengetua sekolah berkenaan, Faruk Senan Abdullah.

Yang turut hadir, pengetua sekolah itu, Khalil Abdul Rahman serta guru-guru yang pernah mengajar kumpulan pelajar pada tahun 1998 dan 1999 tersebut.

Apabila satu persatu barangan di dalamnya dikeluarkan lalu dibacakan isi kandungannya, ternyata mereka seolah-olah dibawa semula ke zaman persekolahan dahulu.

Kelihatan ada yang ketawa, tidak kurang juga yang sebak sebaik mengenangkan saat-saat suka duka sewaktu belajar di sekolah berkenaan.

Ahli jawatankuasa majlis pembukaan kapsul masa itu, Tengku Azrul Tengku Azhar berkata, tujuan utama penganjuran adalah untuk mengumpulkan semula bekas pelajar kumpulan 1998/1999.

Menurut beliau, meskipun hanya separuh daripadanya yang hadir, ia sudah cukup bermakna buat mereka kerana dapat bertemu kembali selepas membawa haluan hidup masing-masing.

"Majlis ini juga membolehkan kami mengenali pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sini dan memberikan beberapa panduan kepada mereka," katanya.

Pada majlis itu juga diadakan sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja sekolah tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat