{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


SPR akan adakan pilihan raya kecil

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

Oleh FAIZAH IZZANI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan kerusi ekoran tindakan wakil rakyat pembangkang yang mahu memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu juga sekiranya berlaku akan menyusahkan dan membuang masa rakyat serta kewangan banyak pihak.

"Sekiranya pilihan raya kecil terpaksa dijalankan, memang benar ia memerlukan perbelanjaan yang besar, membuang masa dan tenaga banyak pihak. SPR berharap itu tidak berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu, boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59(1) Perlembagaan.

Abdul Aziz berkata, walaubagaimanapun beliau difahamkan semua wakil rakyat pembangkang akan hadir mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Namun, katanya, sekiranya wakil rakyat tidak hadir dalam tempoh demikian, Yang Dipertua Dewan Negara mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR bahawa telah berlaku kekosongan kerusi.

"Kemudian SPR akan membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan luar jangka atau tidak dan seterusnya menentukan untuk mengadakan pilihan raya kecil," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mengikut kawasan kerusi yang dikosongkan dengan melihat kepada faktor-faktor seperti jumlah pengundi dan keluasan kawasan.

"Sekiranya keluasan kawasan kerusi besar dan pengundi pula ramai, maka lebih besar perbelanjaan yang perlu dikeluarkan SPR," katanya.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini apabila wakil rakyat tidak mahu mengangkat sumpah tanpa sebab yang munasabah sehingga terpaksa diadakan pilihan raya yang lain.

Namun beliau percaya, wakil rakyat pembangkang tidak akan melepaskan dengan mudah kerusi yang telah dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan tidak mengangkat sumpah di Parlimen nanti.

Desakan pembangkang bodoh - Nazri Aziz

Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Jun - Desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar seluruh kepemimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana tidak boleh menerima kekalahan adalah idea bodoh dan mereka yang membuat desakan tersebut tidak layak menjadi Ahli Parlimen.

Timbalan Wrip Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) sehubungan itu berkata, jemaah menteri tidak akan sesekali tunduk kepada desakan bodoh berkenaan kerana tidak mungkin sistem pilihan raya di Malaysia berlaku penipuan seperti dituduh pembangkang.

Jelasnya, pilihan raya umum di Malaysia baik di peringkat persekutuan dan negeri berlangsung secara serentak oleh pengundi sama, diperhati wakil ejen setiap calon bertanding, ada senarai daftar pemilih serta dakwat kekal yang tidak memungkinkan sebarang penipuan berlaku.

"Macam mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sudah angkat sumpah? Macam mana yang mereka menang sah, yang kalah tidak sah? Inilah kebodohan dan orang ramai yang waras jangan terpengaruh dengan kebodohan ini.

"Waktu mengundi setiap parti berhak meletakkan ejen. Pembangkang mereka memiliki wakil ejen lebih ramai berbanding calon BN kerana mereka tidak bertanding di bawah satu lambang, kalau ada penipuan masa pilihan raya saya nak tanya adakah ejen-ejen pembangkang ini tidur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan program Kembara Dunia 1Malaysia yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Mengenai tindakan 88 ahli Parlimen pembangkang tidak hadir sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat kelmarin dan kemungkinan mahu memboikot proses angkat sumpah 24 Jun ini, Mohamed Nazri berkata, ia satu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta rakyat.

Katanya, jika pembangkang terus berdegil dan tetap tidak mahu mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, mereka bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki Dewan Rakyat tetapi kelayakan sebagai ahli Parlimen akan terbatal dalam masa enam bulan.

"Pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lupa yang dia ini umur sudah dekat 70 tahun tapi nak berlagak macam ketua pelajar. Saya dulu pun ketua pelajar tapi zaman kita dah berlalu, kita kena sedar sudah tua. Janganlah buat perangai macam tak sedar diri.

"Kalau sudah kalah terimalah kekalahan. Apa Anwar ingat dia boleh menang? Rakyat tak mahu pembangkang hendak cukuplah. Rakyat pilih mereka menjadi wakil rakyat untuk berkerja sebagai ahli Parlimen bukan membuat benda-benda bodoh seperti ini," ujarnya.

Menyentuh mengenai siri demonstrasi pembangkang pula, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan secara sinis berkata, beliau berhajat untuk menjadikan demonstrasi itu sebagai salah satu produk pelancongan jika pelancong mahu melihat demokrasi Malaysia.

"Kalau mereka boleh buat selalu demonstrasi ini, saya nak buat sebagai produk pelancongan bagaimana demokrasi di Malaysia berjalan sebab selepas pilihan raya pun masih berlaku demonstrasi dengan perangai ala-ala Orang Utan pemimpin pembangkang," katanya sinis.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat