{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


PROTON keluar kereta mampu milik

Posted: 13 Jun 2013 04:19 PM PDT

Dilancarkan esok pada harga 10 peratus lebih rendah

Jakarta, Indonesia: Proton Holdings Bhd akan melancarkan kereta mampu milik sejajar langkah kerajaan untuk mengurangkan harga kereta itu di negara ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Khamil Jamil, berkata kereta itu yang akan dilancarkan esok adalah berasaskan kepada model sedia ada Proton, tetapi ditawarkan pada harga kira-kira 10 peratus lebih rendah.

Beliau menegaskan, walaupun ditawarkan pada harga lebih rendah, tetapi aspek kualitinya tetap dijaga, malah ditampilkan peningkatan dari aspek ciri-ciri keselamatan.

Butiran lanjut

"Buat masa ini, saya tidak boleh dedahkan butiran lanjut. Tunggu pelancarannya Sabtu ini (esok)," katanya kepada media pada pelancaran PROTON Preve di pasaran Indonesia, semalam.

Tingkat daya saing vendor
Kerajaan menerusi semakan semula Dasar Automotif Nasional (DAN) sedang menggariskan pelan hala tuju bagi mengurangkan harga kenderaan secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus menjelang 2017.

Ia adalah sebahagian daripada langkah berterusan yang dilaksanakan sebelum ini untuk mengurangkan beban membayar hutang bagi pembelian kereta yang dianggap antara beban kewangan utama yang ditanggung oleh rakyat.

Antara elemen penting yang diambil kira dalam pelan hala tuju itu adalah pelaksanaan liberalisasi industri automotif Malaysia.

Khamil berkata, PROTON menyahut seruan kerajaan itu menerusi pelaksanaan mekanisme strategi lebih mapan, pada masa sama meningkatkan daya saing vendor automotif tempatan.

"Pengurangan harga kereta tidak semestinya penurunan harga semata-mata, ia juga boleh dilaksanakan dengan menawarkan kereta yang ditambah baik dengan spesifikasi nilai tambah, tetapi tanpa kos tambahan kepada pembeli," katanya.

PM lancar ekspedisi rentas dunia bermotosikal

Posted: 13 Jun 2013 03:52 PM PDT

Kuala Lumpur: Kekentalan semangat dan pengalaman luas menunggang motosikal berkuasa tinggi menjadi azimat lima penunggang Malaysia menempuh perjalanan lebih 50,000 kilometer (km) di 40 negara bagi mencipta rekod dunia.

Dengan sasaran menamatkan ekspedisi bermotosikal selama enam bulan, lima penunggang terbabit bercita-cita menempatkan diri mereka sebaris dengan penjelajah bermotosikal dunia yang lain, sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Diketuai penunggang motosikal berkuasa tinggi BMW yang cukup berpengalaman, Datuk Zamri Mohamed, 48, empat lagi penunggang motosikal jenis yang sama, iaitu Rosmadi Saad, 44, Mohd Ariffin Idris, 53, Datuk Mohd Azhari Jemaon, 39 dan Mohd Faizal Sukree, 36, memulakan Program Kembara Dunia 1Malaysia dan Ekspedisi Bermotosikal Merentas Dunia (1MWER) di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)), di sini semalam.

Lebih manis, pelepasan mereka disempurnakan Datuk Seri Najib Razak ditemani Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wangsa Perdana yang juga Penasihat 1MWER, Datuk Dr Shafei Abdullah.

Perjalanan lebih 50,000km

Selain Bank Rakyat, penaja utama lain ialah Telekom Malaysia Bhd, BMW Malaysia dan Buroq Oil.

Ia dijangka mencatat rekod baru dunia berikutan perjalanan sejauh lebih 50,000 km membabitkan 40 negara dalam tempoh berkenaan.
Dengan memasuki Thailand, peserta ekspedisi akan menjelajahi beberapa negara Asia sebelum ke Russia, Turki, Eropah, Amerika Utara, Kanada dan Amerika Selatan. Mereka bakal menjelajah Jepun sebelum mengakhirinya di Singapura.

Bagi fasa pertama, mereka bakal menempuh jarak perjalanan 7,772 km selama 27 hari di Asia sebelum memasuki fasa kedua di Eropah dengan jarak perjalanan 20,933 km selama 96 hari dan disusuli fasa ketiga di Amerika Utara dan Kanada bagi jarak perjalanan 8,958 km selama 37 hari.

Untuk keempat mereka bakal menempuh perjalanan 11,924 km selama 61 hari di Amerika Selatan sebelum meneruskan ekspedisi selama 19 hari dengan jarak perjalanan 1,945 km dari Jepun ke Singapura.

Zamri bertugas sebagai Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia manakala Rosmaidi (guru), Mohd Ariffin (pegawai polis), Mohd Azhari (Pengarah Urusan Supreme Expertise Sdn Bhd) dan Mohd Faizal (Pengarah Urusan Bumi Perkasa Motor Works Sdn Bhd).

Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, ekspedisi bermotosikal rakyat Malaysia menjelajah dunia mampu mempromosi pelancongan bermotosikal sebagai produk baru pelancongan negara.

Katanya, peserta ekspedisi itu bukan setakat berfungsi sebagai duta kembara Malaysia, malah membuka dimensi baru industri pelancongan negara bagi menarik penunggang motosikal asing mengembara di negara ini.

"Usaha dilakukan kumpulan bermotosikal ini memungkinkan impian Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan menarik, tercapai."

Najib berkata, ekspedisi itu juga mampu mempromosi prinsip kesederhanaan Malaysia, sejajar Gerakan Kesederhanaan Global diasaskan beliau, sekali gus mempromosi konsep kesederhanaan yang diperjuangkan Malaysia.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat