{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


RM76.3 juta laksana PPAI

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 19 Jun - Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM76.3 juta bagi melaksanakan Program Pendidikan Terengganu Terbilang (PPTT) yang kini dikenali sebagai Program Pendidikan Anjung Ilmu (PPAI) sejak tahun 2008 sehingga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, program berkenaan akan diteruskan pada tahun ini dengan pelbagai penambahbaikan dalam usaha meningkatkan pencapaian anak negeri.

Katanya, pada tahun ini, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah menambah jumlah jam program kelas bimbingan pelajar yang terlibat dengan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Bermula tahun ini, kita akan buat penambahbaikan untuk program ini di mana ia melibatkan semua calon UPSR, PMR, SPM, STPM dengan jumlah jam kelas bimbingan dari 30 ditambah kepada 40 jam," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd. Mahdi Musa (BN-Kota Putera) dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ghazali berkata, pihaknya juga merancang untuk melaksanakan pengukuhan melibatkan subjek akademik kritikal seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Melayu bagi membantu calon peroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Jelasnya, selain itu, mata pelajaran Sejarah juga akan ditekankan memandangkan ia menjadi subjek wajib lulus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia bermula tahun ini.

"Kita mahu melalui kelas bimbingan yang kita adakan ini, subjek-subjek yang kritikal ini dapat ditekankan sekali gus memudahkan sesi pembelajaran pelajar-pelajar," ujarnya.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Mahdi mengenai kos yang diperuntukkan bagi kegunaan membayar imbuhan kepada guru-guru yang mengajar kelas tambahan, Ghazali memaklumkan, daripada jumlah RM76.3 juta itu, lebih RM2 juta telah digunakan untuk keperluan berkenaan.

Ia melibatkan program kelas tambahan merangkumi UPSR Perdana, Bimbingan UPSR Pendidikan Khas, Bimbingan PMR, Bimbingan SPM, Bimbingan STPM, Bimbingan PMR, SPM, STPM, dan Pendidikan Khas.

Pemberian pelbagai dana, bantuan akan diteruskan

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

KUALA TERENGGANU 19 Jun - Kerajaan negeri akan meneruskan pemberian dana dan bantuan kepada golongan yang memerlukan sebagaimana aku janji Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, walaupun BN memperoleh kemenangan tipis, kerajaan negeri akan tetap menyalurkan pelbagai bantuan seperti Dana Raya, Dana Remaja, Bantuan Perubatan, Dana Tabung Kronik, Bantuan Atap Biru dan sebagainya.

Katanya, rakyat tidak perlu bimbang terutamanya mereka yang kurang berkemampuan kerana bantuan akan disalurkan seperti biasa dan kerajaan negeri juga berhasrat menambahbaik sistem pengagihan agar tiada yang tercicir.

"Sebagai kerajaan yang bersikap cakna, prihatin dan bertanggungjawab, setiap janji akan dikotakan walaupun terpaksa berdepan dengan fitnah pembangkang dan tohmahan. Kita akan agih bantuan ini secara berperingkat.

"Oleh itu, usah risau kerana kita memang sediakan bantuan dan dana walaupun ada juga yang tidak pandai berterima kasih kepada kita," katanya ketika menjawab soalan lisan Iskandar Jaafar (BN-Jabi) dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan, lebih RM2 juta setahun diperuntukkan kerajaan negeri menerusi skim kebajikan sosial perubatan bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan membiayai rawatan di hospital.

Jelasnya, kerajaan negeri juga turut membelanjakan sejumlah peruntukan untuk membiayai rawatan pesakit kronik dan penyakit tertentu dan bukan terhad kepada kebajikan sosial perubatan sahaja.

"Jika di hospital, kita bantu pesakit yang memerlukan pelbagai peralatan dan barangan bagi meringankan beban mereka seperti kaki palsu, mesin oksigen, lampin pakai buang, bekalan susu khas yang melibatkan jumlah perbelanjaan yang cukup besar.

"Kita juga akan mempertimbangkan untuk menambah peruntukan jika ia tidak mencukupi dan semua ini dilakukan semata-mata untuk rakyat hidup selesa dan sihat," jelasnya.

Isteri wakil rakyat BN sertai kursus etika sosial

Posted: 19 Jun 2013 11:23 AM PDT

KUALA TERENGGANU 19 Jun - Seramai 25 ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) mengikuti Kursus Asas Protokol dan Etika Sosial selama tiga hari di Hotel Primula Resort di sini.

Kursus yang berakhir semalam itu diadakan bersempena dengan sidang Dewan Undangan Negeri yang memberikan kesempatan kepada mereka untuk mendapat ilmu bagi menyesuaikan kehidupan sebagai isteri pemimpin di samping merapatkan hubungan sesama ahli.

Yang Dipertua Serikandi, Toh Puan Seri Norliza Mahmud berkata, kursus itu banyak memberi manfaat kepada ahli terutama yang baru bersama badan ini kerana mereka akan lebih kerap menghadiri dalam majlis-majlis dan istiadat dan penampilan mereka turut membawa imej suami.

"Sesi bersifat suai kenal ini turut diadakan kerana terdapat sembilan orang ahli baru iaitu isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Jabi, Batu Rakit, Langkap, Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Ajil dan Parlimen Setiu dan Hulu Terengganu yang merupakan wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Saya harap ahli mengambil sikap saling menyokong dan sama-sama menyumbang buah fikiran untuk memantapkan peranan Serikandi agar lebih maju," katanya ketika berucap dalam Majlis Minum Petang Bersama Yang Dipertua Serikandi di sini semalam.

Menurut beliau, perjumpaan kali pertama selepas pilihan raya umum itu antara lain bagi mengeratkan ikatan silaturahim antara ahli baru dan lama serta berterima kasih kerana telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Adalah lebih baik kita berpakat secara lebih berhemah serta mengukuhkan ikatan kemesraan antara ahli walaupun ada dalam kalangan kita, suami tidak lagi bergelar wakil rakyat tetapi masih menjadi ahli Serikandi," ujarnya.

Beliau juga mengajak semua isteri wakil rakyat bergiat aktif melaksanakan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada masyarakat serta menyertai program suami masing-masing dengan turun padang untuk merasai denyut nadi rakyat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat