Utusan Online - Utara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Utara |
Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH ALOR SETAR 5 Jun - Kerajaan negeri mempertimbangkan beberapa cadangan bagi melaksanakan rancangan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik sebagai antara usaha mengatasi masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat khususnya di luar bandar. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pihaknya sudah memulakan langkah dengan memperincikan perkara berkenaan termasuk membincangkannya dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco). Katanya, pembinaan lebih banyak rumah mampu milik membolehkan rakyat memenuhi keperluan dan impian mereka. "Antara idea yang dilontarkan adalah untuk setiap daerah dikenal pasti sebidang tanah bagi tujuan itu dan kita akan mencari satu pendekatan yang mana rumah mampu milik ini dapat dibina mungkin dengan subsidi Kerajaan Persekutuan. "Kemudian dijual dalam bentuk sewa beli kepada pemohon yang layak bertujuan meringankan beban rakyat yang masih tidak mempunyai rumah sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis Pentauliahan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din. Sementara itu, mengenai kes kematian akibat kencing tikus di kawasan peranginan Lata Batu di Baling, Mukhriz berkata, beliau telah bertemu pegawai perhutanan terlibat dan puncanya adalah soal kebersihan di kawasan tersebut. Katanya, sampah sarap yang dibuang pengunjung mencemarkan sumber air sekali gus mengundang kehadiran tikus. Pusat Peranginan Lata Bayu ditutup sementara waktu berikutan kematian seorang daripada tujuh bersaudara baru-baru ini akibat dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. |
Ipoh, Hatyai tingkat persahabatan Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT Roshidi Hashim SONGKHLA 5 Jun - Timbalan Datuk Bandar Hatyai, Roongroje Kuapanich menyatakan minat pihaknya menjalinkan hubungan bandar persahabatan dengan bandar raya Ipoh sekali gus merapatkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan sosial. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, hasrat itu diajukan Kuapanich ketika mereka mengadakan pertemuan sempena lawatan delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke wilayah di selatan Thailand semalam. Walau bagaimanapun, Roshidi berkata, pihaknya akan mengajukan cadangan tersebut kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan. "Saya akan membuat surat rasmi kepada Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagi mengadakan perbincangan secara lebih mendalam. "Hubungan bandar persahabatan seperti ini telah kita jalinkan bersama Medan di Indonesia serta Wenzhou dan Nanning di China sejak 2009. Sehubungan itu, saya berharap cadangan ini dapat diputuskan pada tahun ini juga," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan promosi melibatkan tiga acara utama sempena sambutan ulang tahun MBI Ke-25 di sini hari ini. Tiga acara berkenaan adalah Ipoh International Run 2013 yang akan diadakan pada 7 Julai ini, Ipoh International Star Walk (16 Jun) dan International Ipoh Waiters Race 2013 (29 Jun). Lawatan delegasi MBI selama lima hari ke wilayah di selatan Thailand itu bermula semalam dan akan melibatkan jelajah promosi di sekitar Krabi dan Phuket. Terdahulu, delegasi MBI disambut oleh beberapa wakil Konsul dan Konsul Jeneral di Songkhla sebelum melakukan kunjungan mesra ke atas Datuk Bandar Songkhla, Somsak Tantisarenee. Dalam pada itu, Mohd. Faizal berkata, sekiranya kerjasama bandar persahabatan itu berjaya dilakukan, langkah tersebut dapat menarik lebih banyak kunjungan pelancong dari selatan Thailand ke Perak sekali gus membantu menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Tambah beliau, hubungan itu juga mampu memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara menerusi pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN pada 2015. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |