Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- DAP punca perpecahan kaum - Tun M
- Dong Zong melampau - Prof Kok Seong
- 132,801 peminjam PTPTN disenarai hitam
DAP punca perpecahan kaum - Tun M Posted: 06 Jun 2013 03:08 AM PDT Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED KUALA LUMPUR 6 Jun - Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini. Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO. "Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina. "Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan 'Malaysian Malaysia' dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya, http://chedet.cc hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Dong Zong melampau - Prof Kok Seong Posted: 06 Jun 2013 03:07 AM PDT KUANTAN 6 Jun - Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia. Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'. Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina. Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar. "Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini," katanya. Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 bertajuk 'Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan Mutakhir' di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
132,801 peminjam PTPTN disenarai hitam Posted: 06 Jun 2013 02:59 AM PDT Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA BESUT 6 Jun - Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenaraihitamkan kerana gagal membayar balik pinjaman sehingga 30 April lalu. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pinjaman yang terlibat adalah sebanyak RM2.11 bilion. Daripada jumlah itu, katanya, 41,454 peminjam membuat pembayaran balik pinjaman secara ansuran berjumlah hampir RM225.74 juta. "Pada masa sama, PTPTN menyaman 104, 983 peminjam kerana masih ingkar membuat pembayaran balik pinjaman yang dianggarkan bernilai RM1.67 bilion walaupun telah diberi amaran," katanya. Beliau ditemui selepas majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 192 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke politeknik di Dewan Majlis Daerah Besut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |