Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Jun 2013 01:23 PM PDT Kuala Lumpur: Polis mengesahkan telah menahan lebih 400 warga Myanmar sejak 2 Jun lalu sebagai langkah membanteras kes keganasan membabitkan warga negara itu yang semakin membimbangkan sejak 30 Mei lalu di sekitar Pasar Borong Selayang, di sini. Keganasan yang mengakibatkan dua lelaki warga negara itu maut akibat ditetak serta disembelih pada 30 dan 31 Mei lalu itu dikatakan berpunca daripada pergolakan antara dua puak yang berlaku di selatan Myanmar. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, tindakan itu diambil bagi memudahkan polis mencegah jenayah yang menular di kalangan komuniti masyarakat berkenaan.
"Dengan adanya pangkalan data itu, polis dapat mengesan dengan mudah sekiranya mereka terbabit dalam sebarang kejadian jenayah dan antara 'sampling' yang kita ambil adalah DNA dan juga cap jari," katanya ketika sidang media di Hotel Boulevard, di sini, semalam.
RAKAMAN kamera litar tertutup merakam tiga lelaki bergaduh dipercayai warga Myanmar di Pasar Borong Selayang. Harian Metro Sabtu lalu melaporkan seorang peniaga sayur warga Myanmar maut diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika menunggang motosikal bersama seorang rakannya di perkarangan tempat letak kereta di Pasar Borong Selayang Baru dekat sini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |