{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Perhimpunan haram: Amaran polis

Posted: 13 May 2013 04:42 PM PDT

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penganjur, peserta

Johor Bahru: Penganjur perhimpunan 505 anjuran pakatan pembangkang yang dijadualkan diadakan di sini esok akan dikenakan tindakan tegas kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman untuk memberi notis awal 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang memberi amaran itu berkata tindakan sama akan dikenakan terhadap sesiapa saja yang turut serta dalam perhimpunan itu.

Terima banyak aduan

"Sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu diadakan kerana mereka bimbang serta takut akan tercetusnya kejadian tidak diingini," katanya.

Penganjur 505 perlu beri notis 10 hari sebelum perhimpunan

Polis Johor memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 505 supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman dengan memberi notis awal 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu yang dijadualkan berlangsung Rabu ini gagal berbuat demikian selain mendapat bantahan orang ramai.
"Kita hanya menerima permohonan daripada mereka (wakil pembangkang) pada Sabtu lalu dan mereka ingin mengadakan perhimpunan Rabu ini. Jelas tindakan mereka itu tidak mengikut syarat ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Jika mereka berdegil mengadakan perhimpunan pada tarikh terbabit, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta mereka yang menyertainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Promosi e-Alerts dan CommAlerts (Aplikasi Telefon Pintar) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Dr Hashim Haron; Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisiten Komosioner Zainuddin Yaacob dan Pengurus Projek Wiseyes Solutions Sdn Bhd, Haznina Ahmad Kamal.

Bantah perhimpunan

Beliau berkata, pihaknya juga menerima aduan orang ramai yang membantah penganjuran perhimpunan itu kerana dikhuatiri boleh menyebabkan suasana tidak aman dan selamat.

"Sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu diadakan kerana mereka bim-bang serta takut akan tercetusnya kejadian tidak diingini.

"Berapa kali polis perlu terangkan kepada parti politik ini, yang kita perlu mengambil kira segala aspek keselamatan sebelum sebarang perhimpunan diadakan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Pengumuman barisan Kabinet dijangka esok

Posted: 13 May 2013 04:39 PM PDT

PM dijangka menghadap Seri Paduka pada sebelah pagi

Kuala Lumpur: Pengumuman Kabinet 2013 yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dijangka dibuat esok, berikutan mandat diperoleh Barisan Nasional (BN) apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sebelum itu, pada sebelah pagi, Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara untuk menyembah warkah memohon perkenan selaras Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan terhadap Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri.

Senarai diumum selepas dapat perkenan

"Senarai jemaah menteri dan timbalan menteri akan diumumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," kata sumber kepada BH di sini, semalam.

Beliau berkata, pengumuman itu yang dijangka menggabungkan muka baru dan berpengalaman bagi merealisasikan transformasi diterajui Perdana Menteri sepatutnya dibuat hari ini, bagaimanapun ditunda ke Rabu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kata sumber itu lagi, berikutan perubahan tarikh berkenaan, upacara mengangkat sumpah jawatan semua anggota Kabinet dijangka diadakan pada Khamis ini.

Muka baru
Barisan Kabinet kali ini dijangka menampilkan muka baru kerana ramai yang digugurkan dan penyandang menteri serta timbalan menteri kalah pada pilihan raya, menyebabkan beberapa portfolio perlu diisi dengan muka baru jika penyandang tidak dilantik sebagai senator.

Kementerian baru

Ketika ini, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan jumlah itu dijangka berubah apabila Perdana Menteri menerusi aku janji BN dalam manifestonya menggariskan untuk mewujudkan kementerian baru bagi memenuhi pelbagai cabaran sosial ekonomi bandar. Untuk tujuan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dijangka dirombak.

Isnin lalu, Najib, 59, terlebih dulu mengangkat sumpah jawatan, setia serta sumpah simpan rahsia sebagai Perdana Menteri Keenam.

Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Pekan itu mengumumkan pembentukan kerajaan pada jam 12.50 malam, Ahad lalu apabila BN memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen, mengatasi pakatan pembangkang, termasuk merampas semula Kedah.

Keseluruhannya, BN bertanding di 726 kerusi membabitkan 221 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat