{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Sediakan duit!

Posted: 12 May 2013 05:11 PM PDT

Perak dan Sarawak terpaksa tanggung akibat angkara penyokong

Kuala Lumpur: Angkara sikap penyokong yang kurang berdisiplin, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sudah boleh berkira-kira menyiapkan wang bagi membayar denda.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan sudah menerima laporan dan menyiapkan surat pertuduhan kepada dua persatuan berkenaan yang akan dihantar selewat-lewatnya minggu ini.

Tentukan minggu depan

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, memandangkan pilihan raya umum sudah selesai, pihaknya akan kembali bersidang untuk menyelesaikan beberapa kes tertangguh sebelum ini.

"Surat pertuduhan untuk kes Perak dan Sarawak sudah disiapkan dan akan dihantar minggu ini," kata Taufek ketika dihubungi semalam. "Tetapi jawatankuasa disiplin hanya akan bersidang selepas menerima surat jawapan dari persatuan. Saya jangka paling awal minggu depan atau minggu berikutnya."

PAFA berdepan empat pertuduhan membabitkan aspek keselamatan ketika perlawanan menentang Johor Darul Takzim 27 April lalu di Stadium Lumut yang kini tidak lagi digunakan sebagai gelanggang tuan rumah selepas Stadium Perak di Ipoh kembali berfungsi.

'Johor DT bangga semangat penyokong'

Posted: 12 May 2013 05:09 PM PDT

Pemain perlu bangkit balas sokongan mereka: Fandi

Johor Bahru: Walaupun kalah dua kali berturut-turut tetapi kehadiran puluhan ribu penyokong yang tetap memberi sokongan dan semangat kepada Johor Darul Takzim (DT) ketika menentang PKNS di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin menyebabkan Fandi Ahmad terharu.

"Saya cukup terharu kerana penyokong masih setia memberi sokongan kerana saya akui ia bukan mudah, apatah lagi selepas kami tewas dalam dua perlawanan berturut-turut. Jadi, saya pesan kepada pemain supaya bangkit membalas sokongan mereka dengan mencatat kemenangan malam ini (malam kelmarin).

"Bukan itu saja, kemenangan 3-1 ke atas PKNS ini mampu meletakkan kembali kami ke landasan untuk mengejar Lions XII yang masih gah di puncak liga.

"Walaupun ketinggalan enam mata, tetapi saya optimis peluang untuk bersaing dalam merebut kejuaraan masih ada dengan syarat kami tidak boleh tewas lagi, sebaliknya mengekalkan rentak kemenangan ini dalam semua enam perlawanan terakhir liga," katanya selepas perlawanan.

Percaturan menjadi

Bekas pemain sensasi Singapura itu juga mengakui gembira kerana formula baru yang diterapkan bagi menguatkan benteng pertahanan akibat kehilangan Aidil Zafuan Abd Radzak yang masih dibelenggu kecederaan menjadi.

Dalam perlawanan itu, Fandi melakukan percaturan dengan meletakkan Ahmad Tharmimi Saiban bergandingan bersama kapten Kamarul Afiq Kamaruddin di benteng sambil khidmat Muslim Ahmad direhatkan.
Mengenai tindakannya mengeluarkan Leonel Nunez pada hujung babak kedua, Fandi berkata: "Saya terpaksa berbuat demikian selepas bekas pemain Argentinos Juniors itu mengalami kecederaan di pangkal paha sekali gus memaksa barisan serangan terpaksa dirombak dengan memasukkan Safee Sali.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat