{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Cuba rasional sikit!

Posted: 26 May 2013 04:58 PM PDT

Dali 'pelik' FAM batal perlawanan kelas A, layan kelab Divisyen 2 Australia

Kuala Lumpur: Kenapa perlu memilih ranjau sukar dan apa rasionalnya pemergian Harimau Malaya ke Australia pada 3 hingga 15 Jun ini?

Tindakan pengendali pasukan, Datuk K Rajagobal untuk menghadapi kelab divisyen dua negara berkenaan di Canberra dan Sydney serta keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan persahabatan kelas A menentang Singapura, 4 dan 7 Jun ini boleh mengundang pelbagai hujah.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Dali Omar yang pernah berkelana ke Australia, dia menyifatkan itu satu keputusan silap memandangkan cuaca di sana kian sejuk.

"Pergilah kalau mereka mahu pergi bercuti. Daripada pengalaman saya menetap di Australia sebelum ini, sekarang cuaca sudah semakin sejuk sebaliknya kita pula akan menentang negara yang cuacanya panas.

Pilih negara cuaca sama

"Kenapa tidak pilih negara yang cuacanya sama? Saya rasa pemergian pasukan ke sana tidak mendapat apa-apa faedah kerana prestasi setiap pemain di tempat sejuk pasti tidak akan sama ketika mereka beraksi di tempat panas," katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan anggaran suhu adalah 2 hingga 7 darjah celcius di Canberra manakala di Sydney, 10 hingga 14 darjah celcius manakala suhu di Bahrain - lawan yang bakal kita hadapi dalam saingan Kumpulan D, Kelayakan Piala Asia 2015 antara 26 hingga 33 darjah celsius.
Semalam, BH Sukan melaporkan tindakan FAM membatalkan perlawanan menentang pasukan jiran menimbulkan tanda tanya dan beranggapan ia sesuatu yang merugikan kerana ia menawarkan mata ranking perbaiki kedudukan Malaysia yang kini berada di tangga 161 dunia.

Hafizh lakar sejarah Moto2

Posted: 26 May 2013 04:55 PM PDT

Kuala Lumpur: Penunggang Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, semalam.

Permulaan yang lancar dengan jentera pada tahap terbaik, juara Cub Prix 2010 itu mengetepikan 35 pesaing pada Perlumbaan 1 untuk mencipta kemenangan sulung di tempat kedua dengan catatan masa 29 minit 27.524 saat, 0.075 saat di hadapan pelumba Amerika Syarikat, Kenny Noyes di tempat ketiga (29'27.599s).

Pelumba Sepanyol, Roman Ramos menjuarai perlumbaan 15 pusingan itu dengan catatan 29'11.275s.

"Sukar untuk percaya saya akhirnya menaiki podium selepas melalui masa sukar ketika ujian masa tidak rasmi pada Jumaat dan pusingan kelayakan pada Sabtu kerana keadaan cuaca sejuk yang melampau.

"Saya berasa sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan serta penaja yang memungkinkan semua ini berlaku," kata Hafizh Syahrin dalam kenyataan, di sini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat