{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Igauan Yob!

Posted: 03 May 2013 01:25 PM PDT

Azraai tidak percaya Seladang tumpas mudah kepada FELDA

Kuala Lumpur: Jurulatih Perak, Azraai Khor Abdullah seperti tidak percaya apabila skuad kendaliannya tewas 3-1 kepada FELDA United pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang semalam, hanya seminggu selepas mereka cemerlang membenam Johor Darul Takzim (DT) 3-0.

Malah kekalahan Perak itu memberikan FELDA United kemenangan sulung di gelanggang sendiri musim ini untuk bangkit menjarakkan tiga mata dengan pasukan kedua tercorot, T-Team selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut.
Saya macam tak percaya selepas kami cemerlang menewaskan Johor DT, tiba-tiba petang ini (semalam) semuanya serba tak menjadi. Persembahan pemain begitu buruk dan saya seakan tak percaya melihat apa berlaku di depan mata. Kami perlu buat post mortem," Azraai Khor Abdullah, Jurulatih Perak

"Saya macam tak percaya selepas kami cemerlang menewaskan Johor DT, tiba-tiba petang ini (semalam) semuanya serba tak menjadi. Persembahan pemain begitu buruk dan saya seakan tak percaya melihat apa berlaku di depan mata. Kami perlu buat post mortem.

"Jika Abdul Hadi Yahya tidak dilayangkan kad merah (minit ke-60) sekali pun, sama saja andai dilihat keseluruhan persembahan. Kami memang tak layak pun untuk menang kalau main seperti ini," kata Azraai ketika ditemui selepas perlawanan.

Kemenangan penting

FELDA United mendahului pada minit ke-30 menerusi tandukan penyerang import dari Haiti, Leonel Saint-Preux selepas menerima hantaran Azmi Muslim sebelum Razali Umar Kandasamy menggandakan kedudukan 2-0 hasil serangan balas minit ke-38.
Perak merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Paulo Rangel pada minit ke-44 selepas penyerang dari Brazil itu dijatuhkan Rahman Zabul tetapi Rudie Ramli mengesahkan kemenangan FELDA United apabila menanduk sepakan percuma Azmi, minit ke-55.

Jurulatih FELDA United, K Devan pula berkata: "Kemenangan ini sedikit sebanyak akan menukar pemikiran, keyakinan dan kepercayaan diri pemain kerana pada dua perlawanan sebelum ini (bertemu Terengganu dan Pahang), kami beraksi baik tetapi gagal menang.

"Kesungguhan semua pemain tempatan dan import serta penyusunan taktikal terutama apabila saya mengeluarkan pemain pertahanan untuk memasukkan pemain tengah dan serangan membantu kami mendapatkan gol ketiga."

Saya memang suka buat benda yang pelik: Amri

Posted: 03 May 2013 01:21 PM PDT

Kuala Lumpur: Saya memang pelik! Itu reaksi pemain berpengalaman Selangor, Amri Yahyah susulan kenyataan ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim yang menyifatkan dia pemain yang pelik gara-gara mampu menjaringkan gol dalam sudut mustahil dan sukar.

Walaupun sudah dianggap veteran namun dengan aksi cemerlang yang dipamerkan pemain kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu sudah memadai untuk membuktikan kemampuan dan kesungguhannya untuk membantu pasukan memperoleh keputusan baik.

Jadi, tidak dinafikan nama Amri sering mendapat pujian daripada Irfan Bakti malah tidak keterlaluan sekiranya khidmatnya masih terus ditagih Harimau Malaya untuk mengharungi aksi antarabangsa.

Bagi Amri, dia tidak terlalu memikirkan soal rekod peribadi sebaliknya lebih mengutamakan kejayaan pasukan dalam mengharungi setiap perlawanan.

Bekerja lebih keras

"Saya memang pelik dan saya akan buat benda yang tidak dijangkakan. Tetapi tidak kira apa yang saya buat, asalkan pasukan mendapat kemenangan dalam setiap perlawanan," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, Irfan menyifatkan Amri seorang pemain yang luar biasa kerana mampu menjaringkan gol dari sudut sukar dan berkata: "Amri ini kadang-kadang dia tak dapat jaring gol... tapi dalam keadaan kritikal dan sudut sukar dapat membuahkan jaringan menarik."
Bagaimanapun, Amri tidak mahu cepat rasa bangga dengan prestasi yang dipamerkan sebaliknya mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya bagi meningkatkan prestasi semasa.

"Ini semua hasil kerjasama daripada seluruh pasukan yang memberikan komitmen dalam setiap perlawanan yang diharungi. Tidak kiralah dalam Liga Super atau Piala AFC, saya bersyukur dengan prestasi saya sekarang.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan prestasi sekarang sebaliknya saya perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan prestasi semasa dan memperbaiki kelemahan yang masih ada," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat