Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 03 May 2013 03:12 PM PDT KOTA BHARU: Seorang kontraktor menerima 'kejutan Maghrib' apabila ditembak tiga das oleh seorang lelaki yang dikenalinya di depan rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, jam 7.30 malam tadi. Mangsa, Mohd Nasir Zakaria, 53, yang juga seorang kontraktor ditembak selepas membuka pintu ketika dipanggil suspek supaya keluar. Suspek yang menembak mangsa melarikan diri, manakala mangsa dibawa ke hospital menaiki kereta dipandu anaknya bersama isterinya, Zahmahnu Che Abdullah, 39. Mangsa cedera di paha dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Mangsa tembak di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
|
Posted: 03 May 2013 03:11 PM PDT Lima sekeluarga yang sedang menikmati hidangan makan malam nyaris rentung apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Lorong 11, Taman Jumbo Petagas, di sini, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 9 malam itu, kebakaran dipercayai akibat litar pintas dari sebuah bilik di tingkat atas rumah itu menyebabkan penghuni bergegas menyelamatkan diri dan tidak sempat menyelamatkan harta benda.
"Kira-kira jam 6 petang, berlaku gangguan peralatan elektrik rumah dan menyangka fius meter mengalami masalah lalu menghubungi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |