Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Dua gol James julang Gladiators Posted: 07 May 2013 09:55 AM PDT Seremban: Marlon Alex James memastikan ATM terus mengekori rapat pendahulu Liga Super, LionsXII apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Gladiators menewaskan pasukan bertaraf bintang, Johor Darul Takzim, 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Penyerang St Vincent & Grenadines itu nyata menampilkan aksi yang menjadikannya penjaring terbanyak liga apabila menguji benteng Johor DT seawal minit ke-6, namun impian ATM untuk mendahului awal tidak menjadi apabila tandukan penyerang import itu tersasar.
Ketika aksi separuh masa pertama menghampiri penamat James sekali lagi berdepan dengan peluang untuk meletakkan ATM di depan tapi usahanya sekali lagi gagal sehingga kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
JAMES (tengah) cuba menanduk bola tetapi dihalang oleh pemain JDT. Begitupun Johor DT yang cuba meletakkan diri mereka dalam kelompok pencabar, memperoleh peluang terbaik untuk memperbaiki jurang, namun sepakan penalti Leonel Nunez pada minit ke-66 diselamatkan penjaga gawang, Farizal Harun.
|
Posted: 07 May 2013 09:49 AM PDT Kuala Lumpur: Tiga pelumba basikal negara yang berdepan dengan masalah visa sekurang-kurangnya perlu menunggu dua bulan sebelum kembali menjalani latihan bersama ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley di Melbourne, Australia. Masalah itu bagaimanapun akan cuba diselesaikan secepat mungkin pegawai penyelaras sukan berbasikal Majlis Sukan Negara (MSN), Rahimi Ahmad Sulaiman dengan cuba mendapat bantuan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi Timbalannya, Datuk Naim Muhamad.
Muhd Arfy Qhairant Amran, Mohd Fattah Amri Zaid dan Ummi Hamimah Mohamad yang baru dinaikkan taraf sebagai pelumba elit dijadualkan ke Australia, pada 21 April lalu, namun berdepan dengan masalah visa kerana syarat ketat Kedutaan Australia. Katanya, masalah itu sudah dibangkitkan kepada PKBM yang sedia menghulurkan bantuan bagi membolehkan mereka kembali menjalani latihan bersama pelumba elit negara, Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapa yang sudah berada di Melbourne ketika ini.
Bagaimanapun Rahimi berkata, beliau akan tetap berusaha mempercepatkan proses itu dan kini segala dokumen berkaitan sudah disiapkan. Sementara itu, Naim berkata, beliau tidak berdepan dengan masalah membantu dengan menghubungi Kedutaan Australia agar mempercepatkan kelulusan visa itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |